Geli! Pesakit Terjerit Tengok Tikus ‘Beraksi’ Dalam Wad Hospital – Manis Madu
Geli! Pesakit Terjerit Tengok Tikus ‘Beraksi’ Dalam Wad Hospital

Geli! Pesakit Terjerit Tengok Tikus ‘Beraksi’ Dalam Wad Hospital

Menggelikan! Itu perkataan pertama yang keluar selepas menonton video ini di laman TikTok.

 

Difahamkan, rakaman video ini dibuat di sebuah hospital kerajaan sekitar Negeri Sembilan.

 

Melalui rakaman video yang dimuat naik @dayanaradzuan, katanya video itu diambil kerana kakaknya perlu menemani anak saudaranya yang dijangkiti Covid-19.

Patient sampai menjerit-jerit sebab takut tikus siap panjat lagi. Report dekat nurse untuk bagi tahu management about that pun macam tak ada action juga,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

 

Dayana juga menyelar tindakan jururawat di hospital berkenaan yang hanya membiarkan perkara itu tanpa mengambil sebarang tindakan.

 

“Jangan manipulate buat ayat sedih “kesian nurse, tangkap tikus pun kena buat”. Takda sapa suruh tangkap. Mintak tolong report kan to management yang sepatutnya je. Pengarah/pest control pihak hospital,” luahnya.

 

Wanita itu juga beranggapan sebuah hospital kerajaan tidak perlu mewah namun perkara paling utama adalah kebersihan dan keselesaan.

 

Betul! Madu pun setuju dengan apa yang kakak ini cakap. Kebersihan dan keselesaan patut diutamakan lebih-lebih lagi di hospital. Jangankan nanti pergi ke hospital untuk pulihkan penyakit, alih-alih dapat penyakit lain pula.

Post a Comment