Atlet Olahraga Negara Cipta Rekod Peribadi Baru, Ramai Ucap Tahniah Kepada Shereen Vallabouy! – Manis Madu
Atlet Olahraga Negara Cipta Rekod Peribadi Baru, Ramai Ucap Tahniah Kepada Shereen Vallabouy!

Atlet Olahraga Negara Cipta Rekod Peribadi Baru, Ramai Ucap Tahniah Kepada Shereen Vallabouy!

Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy mencipta sensasi dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Divisyen 2 Trek dan Padang Dalam Dewan di Pittsburg, Kansas, Amerika Syarikat (AS), hujung minggu lalu.

 

Memetik laporan Berita Harian, penyertaan Shereen mewakili Winona State University di Minnesota menyaksikan dia memenangi acara berkenaan dengan catatan 53.79 saat (s) sekali gus mencipta rekod peribadi baharu dan rekod baharu kebangsaan di kejohanan berkenaan.

Rekod terdahulu bagi acara ini adalah 54.58s yang dicipta Noraseela Mohd Khalid pada 2006.

 

Berada di tempat kedua adalah Ayana Fields yang mewakili Cal Poly Pomona dengan catatan 53.82s, manakala Jaylah Walker (Azusa Pacific) berada di tempat ketiga, 54.44s.

 

Kejohanan ini dianjurkan setiap tahun di AS oleh Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) dan Shereen yang muncul atlet Malaysia pertama mencatat larian di bawah 54s mewakili Universiti Winona.

 

Untuk rekod, Shereen, 23, adalah anak kepada bekas bintang lari jarak sederhana negara, Samson Vallabouy dan bekas pelari kebangsaan serta Olimpian, Josephine Mary.

 

Samson yang pernah meraih emas dengan catatan 1 minit 48.29 saat (s) di Stadium Merdeka pada Sukan SEA 1989, menggantung kasut pada 1991 dan cabaran itu kini beralih kepada anaknya, Shereen.

 

Samson yang memenangi tiga kilauan emas Sukan SEA, adalah pelari terbaik negara dalam 800m selepas B Rajkumar yang masih memegang rekod kebangsaan 1:47.37s, diciptanya pada Kejohanan Asia Jakarta 1985.

 

“Tahniah juga kepada ahli keluarga, khasnya ibu bapanya Josephine Mary dan Samson Vallabouy yang juga bekas atlet atas sokongan kuat kepada Shereen. Semoga kejayaan Shereen menjadi inspirasi kepada semua atlet,” katanya.

Post a Comment