Jaga Ibu Dari 2017, Adik-Adik Rancang Kejutan Hantar Kakak Buat Umrah Bersama Ibu Tersayang! – Manis Madu
Jaga Ibu Dari 2017, Adik-Adik Rancang Kejutan Hantar Kakak Buat Umrah Bersama Ibu Tersayang!

Jaga Ibu Dari 2017, Adik-Adik Rancang Kejutan Hantar Kakak Buat Umrah Bersama Ibu Tersayang!

Baru-baru ini satu perkongsian di TikTok melalui akaun @zaitonmohamad448 berjaya menyentuh hati warganet apabila tindakan wanita itu bersama saudaranya yang lain melakukan kejutan kepada kakak mereka.

Disebabkan pengorbanan kakaknya yang sudah menjaga ibu mereka sejak tahun 2017 lagi membuatkan mereka adik beradik menyediakan satu persiapan yang tidak disangka-sangka buat kakak sulung mereka.

 

Difahamkan, sewaktu majlis bacaan doa selamat diadakan, mereka turut berkongsi berita gembira bahawa sebahagian dari mereka akan menunaikan umrah bersama tidak lama lagi.

haidan-8Kg-2kK97Xc-unsplash (1)

Bagaimanapun, satu nama yang tidak disangka turut didedahkan di atas banner telah disediakan khas sempena kejutan tersebut.

 

Ternyata, adik bongsu mereka sudah bersepakat untuk menaja kakak mereka pakej umrah sebagai hadiah atas pengorbanan yang dilakukan selama ini.

 

Dalam video berkenaan, dapat dilihat reaksi si kakak yang terharu selepas namanya menjadi sebutan menerima kejutan tidak disangka-sangka oleh adik beradiknya selain terus memeluk ibunya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan terharu melihat adik beradik berkenaan. Malah, kejutan pakej umrah itu turut mendapat pujian warganet kerana menghargai pengorbanan kakak mereka. Terbaik!

Post a Comment