Marah Isteri Jadi Bahan Jenaka, Will Smith Tampar Chris Brown Di Anugerah Oscars 2022
Pelakon Will Smith, telah bertindak menampar wajah pelakon, Chris Rock di pentas Anugerah Oscars 2022 yang diadakan secara langsung di Dolby Theater, California dipercayai kerana tersinggung dengan jenakan yang dibawa Chris Rock mengenai isterinya, lapor Independent.
Dalam kejadian pagi tadi waktu tempatan, Will dikatakan tidak dapat menahan marah apabila Chris menjadikan isterinya, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka ketika menjadi hos acara tersebut yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia.
View this post on Instagram
Difahamkan, punca kejadian bermula apabila Chris menyentuh nama Jada dan berjenaka mengenai kepalanya yang botak selain cuba mengandaikan wanita tersebut dengan filem ‘rekaannya’, GI Jane 2.
Perkara itu telah menyebabkan Will bertindak bangun daripada kerusi penonton dan meluru naik ke pentas sebelum menampar wajah Chris dan kemudiannya kembali semula ke tempat duduknya.
“Keep my wife’s name out your f***ing mouth!” ujar Will.
Wajah Will kelihatan bengang dan tidak senang dengan kelakuan Chris yang dianggap cuba memalukan isterinya.
Will Smith just punched Chris Rock and told him “keep my wife’s name out of your f***ing mouth” pic.twitter.com/1f1ytdbMRv
— CJ Fogler (@cjzer0) March 28, 2022
Menurut laporan media antarabangsa, Jada sebelum ini pernah berkongsi mengenai penyakit yang dialaminya, Alopecia, yang menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan situasi keguguran rambut hingga terpaksa membotakkan kepala.
Kejadian antara Will dan Chris tersebut telah menyebabkan kekecohan kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.
Ada yang menyokong tindakan Will dan ada juga yang bersimpati dengan Chris.
Pun begitu, rata-ratanya termasuk teman-teman artis dan selebriti berharap kedua-dua pelakon tersebut dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan baik usai tamat majlis anugerah tersebut.