Pensyarah Bengang Pelajar Tak Mampu Beli Komputer, Siap Sebut Tak Suka Golongan B40! – Manis Madu
Pensyarah Bengang Pelajar Tak Mampu Beli Komputer, Siap Sebut Tak Suka Golongan B40!

Pensyarah Bengang Pelajar Tak Mampu Beli Komputer, Siap Sebut Tak Suka Golongan B40!

Sejak kedatangan Covid-19 di seluruh dunia, banyak perubahan telah berlaku dalam negara kita. Bidang pendidikan merupakan antara bidang yang berdepan perubahan ketara mengikut kesesuaian keadaan dan situasi semasa.

 

Sesi pembelajaran dalam talian adalah perubahan besar yang perlu diterima oleh semua pendidik dan pelajar. Kita juga sedia maklum, corak pembelajaran seperti itu ada kesulitannya tersendiri.

 

Semalam, seorang pengguna Twitter berkongsi rakaman video kelas online yang dihadirinya memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajarnya hanya kerana pelajar tersebut tidak memiliki komputer.

@shaziktv Penayarah UiTM biadap hina pelajar b40 tiada laptop. Prof Ts Roshana Takim #biadap #profbiadap #roshanatakim #uitm #lecturer #perak #b40 #laptop ♬ original sound – shazikTV

Perkara ini mendapat perhatian warganet yang rata-rata ‘panas hati’ dengan bahasa dan gaya pensyarah tersebut yang disifatkan tiada empati dan tiada adab meskipun bercakap dengan seorang pelajar.

 

“Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer, kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?” ujar pensyarah itu diikuti soalan-soalan lain dengan nada yang kasar.

 

Dalam rakaman video berkenaan juga, pensyarah tersebut turut meminta kakak pelajar tersebut supaya menggadai gelang emas agar dapat membeli komputer untuknya belajar.

 

“Kalau kau ada kakak, suruh dia gadai gelang emas pergi beli computer. Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian. The most important the computer, very very important. Hanya RM800 saja beli komputer.

 

“Kau apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. Okay kelas, kau tutup kamera kau tu, aku tak nak lagi dah,” ujarnya lagi.

 

Kata-kata ahli akademik bertaraf professor itu menimbulkan rasa marah netizen dan mengecam tindakan pensyarah tersebut.

 

Malah, ada juga yang turut berkongsi maklumat peribadi seperti nama penuh dan universiti tempat pensyarah wanita itu bekerja.

Post a Comment