Berhenti Bagi Anak Makan Sedap? Bahaya Letak Perasa Tambahan Dalam Makanan Bayi!
Bagi para ibu, pernah tak tertanya-tanya samada boleh atau tidak meletakkan perasa seperti garam atau gula dalam makanan bayi?
Maklumlah, bila tengok anak anak asyik luah keluar balik makanan, mesti korang terfikir mungkin anak perlukan sedikit perasa dalam masakan.
Rupa-rupanya, meletakkan perasa seperti garam, gula, kicap atau sos dalam makanan bayi adalah tidak dibenarkan sama sekali. Red flag!
Inilah kesilapan yang sering berlaku dalam pemakanan anak anak kita. Sebenarnya, pada usia 1 tahun kebawah, makanan yang diberi bukan untuk SEDAP, tetapi untuk:
- Memperkenalkan tekstur makanan
- Menambah zat makanan (selain susu ibu)
- Memperkenalkan makanan lain selain susu ibu
- Kenalpasti alahan
Mungkin ramai para ibu yang sudah ada kesedaran dan pengetahuan tentang perkara ini tetapi tidak ramai yang tahu kenapa tidak boleh meletakkan perasa dalam makanan bayi.
Menurut hantaran Public Health Malaysia, antaranya kerana:
Buah Pinggang Masih Baru
Bayi di usia 6 bulan hingga 1 tahun masih dalam fasa perkembangan. Garam berlebihan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja lebih!
Deria Rasa Bayi Sensitif
Deria rasa bayi berganda lebih sensirif berbanding orang dewasa. Walaupun tambahan sedikit garam sebenarnya ia sangat masin untuk bayi.
Menjadi picky eater
Akibat telah seringkali didedahkan dengan makanan masin/manis, bayi cenderung menolak makanan lain yang tawar. Pilihan ibu bapa sudah tentu makanan segera, frozen food yang memiliki banyak bahan perasa! Selain itu, perkara ini juga boleh menyebabkan masalah lain seperti kerosakan gigi, sembelit dan masalah metabolik.
Satu lagi maklumat tambahan! Garam dan gula semula jadi dalam buah-buahan atau bahan organik lain tidak sama ya dengan garam dan gula yang ditambah.