“Dah Tahu Bini Mengandung Kenapa Bawak?” Netizen Kecam Tindakan ‘Kurang Cerdik’ Suami
Tular dan kecoh di media sosial apabila satu video TikTok menunjukkan situasi orang ramai berasak masuk ke sebuah padang bola dipercayai di Garden Arena, Rawang.
Perkara berkenaan mendapat perhatian netizen apabila dalam kekecohan itu, berlaku insiden tidak diingini yang mana seorang wanita telah terjatuh dan dipijak beberapa individu di tempat kejadian.
@malaysianupdatenews Event apa sampai semua org berebut mcm ni? 😲 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update
Setelah terjatuh dan secara tidak sengaja dipijak, suami kepada wanita itu yang turut berada di sana menjadi berang dan menjerit serta memaki hamun mencari pelaku yang memijak isterinya.
Namun, tindakan suami wanita berkenaan mendapat kecaman hebat daripada netizen yang rata-rata berpendapat lelaki berkenaan yang sengaja ‘cari penyakit’ dengan membawa isteri yang sedang hamil ke acara sedemikian.
“Yang pergi bawak bini pregnant ke situ kenapa, kan tempat tu ramai?” komen seorang netizen.
“Bini abang yang berebut nak masuk, pastu langgar pintu jatuh, pastu cari orang yang langgar bini dia, dah tahu bini macam tu ada anak dalam perut kenapa bawa?” ulas netizen lain.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik, wanita yang menjadi mangsa insiden itu dilihat memegang perut seperti menahan sakit.
Difahamkan, orang ramai berpusu-pusu masuk ke kawasan berkenaan berikutan satu game yang dianjurkan oleh seorang YouTuber dikenali sebagai Isa Isarb. Cabaran mudah disediakan oleh pihak penganjur dengan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10, 000 buat seorang pemenang.
@isaisarbofficialGarden Arena ! Rm10k
Pihak Isa Isarb sendiri telah membuat permohonan maaf kepada pasangan suami isteri tersebut dan menjelaskan tidak menyangka perkara itu akan terjadi.