Gadis Dedah Keluarga Scammer Berkeliaran, Rupanya Ramai Pernah Kena! – Manis Madu
Gadis Dedah Keluarga Scammer Berkeliaran, Rupanya Ramai Pernah Kena!

Gadis Dedah Keluarga Scammer Berkeliaran, Rupanya Ramai Pernah Kena!

Modus operandi seorang scammer boleh dikatakan pelbagai. Bukan sahaja melalui telefon, yang buat ‘direct selling’ pun ada. Berani ya!

 

Tular di laman TikTok apabila seorang gadis berkongsi rakaman kelibat ‘keluarga’ terdiri daripada seorang ayah, ibu dan anak di dalam stroller yang didakwa melakukan aktiviti scam.

@lalalanemoHati hati ya semua jangan mudah terpedayaaaa..

♬ original sound – Hud🖤💗 – huda tak srs

“Kalau nampak orang macam ni yang mengaku dari Pakistan, handbag bini hilang la, nak makan takde duit la, jangan DILAYAN. Aku dengan family dah kena,” tulis wanita itu dalam video tersebut.

 

Menurutnya, scammer ini datang dengan dua kumpulan dengan pakaian dan ‘jalan cerita’ yang sama untuk menipu orang ramai.

 

Dalam ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi sering melihat sosok yang sama di beberapa tempat lain. Ada juga yang turut berkongsi pernah terkena nasib yang sama apabila didekati keluarga berkenaan.

 

“Haritu kena juga tapi dekat Ioi Mall Puchong. Pakaian pun sama macam ni. Mula-mula kata beg hilang, bila suruh buat report kata beg dekat kawan dia pulak,” komen seorang pengguna TikTok.

 

Seriously sekarang dorang kat Genting? I pun pernah jumpa dorang kat Mid Valley 2 hari before raya. Time tu I duduk kat entrance sorang-sorang pastu lelaki tu datang tegur I,” ujar seorang netizen.

 

Hati-hati Maduners, jangan mudah terpedaya!

Post a Comment