Muslim Tak Boleh Hadir Festival Bon Odori? Habislah! Sultan Selangor Dah Bertitah – Manis Madu
Muslim Tak Boleh Hadir Festival Bon Odori_ Habislah! Sultan Selangor Dah Bertitah

Muslim Tak Boleh Hadir Festival Bon Odori? Habislah! Sultan Selangor Dah Bertitah

Di Malaysia, terdapat pelbagai festival atau pesta akan diadakan bertujuan meraikan pelbagai budaya atau untuk merasai pengalaman sesuatu budaya luar di negara sendiri.

 

Festival Bon Odori merupakan pesta yang memperkenalkan budaya Jepun dan hampir setiap tahun akan diadakan di Malaysia tetapi baru-baru ini terdapat kenyataan mengatakan pesta tersebut bertentangan dengan ajaran agama dan umat Islam dinasihatkan untuk tidak menyertainya.

 

Walau bagaimanapun, semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tidak menyekat program tersebut yang akan berlangsung di Shah Alam pada 16 Julai nanti.

285439813_7382552555148916_6747656369993509191_n (1)

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu hantaran di laman rasmi Facebook JAIS.

287071189_319446860375176_8651975142091205380_n (1)

Menurut hantaran itu, Shahzihan menjelaskan baginda mempunyai pendirian bahawa banyak budaya ada hubung kaitnya dengan agama namun tidak semua agama ada kaitan dengan budaya.

 

Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga tidak berkenan mengenai sebarang keputusan atau ketetapan tentang perkara seumpama itu disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian yang mendalam.

 

Sekembalinya Shahzihan daripada menghadap Sultan di Istana Bukit Kayangan petang semalam, dia berkata, baginda turut bertitah agar pegawai JAIS dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) agar menghadirkan diri ke festival tersebut.

 

Baginda juga berkata pernah menghadiri majlis berkenaan beberapa tahun lalu dan percaya tidak ada sebarang perkara yang mampu merosakkan akidah umat Islam.

Post a Comment