Hadiah untuk Tersayang Pada Hari Valentine!
Hari Valentine dah nak dekat dan masih ramai yang tak tahu nak bagi hadiah apa kepada kekasih anda? Jangan risau!
Madu dah sediakan beberapa cadangan hadiah sesuai diberikan kepada kekasih anda di hari istimewa, Valentine!
Edisi Terhad: SailorMoon X Skechers
Korang tahu tak Skechers dah lancarkan kolaborasi dengan Sailor Moon!
Dengan lima pilihan kasut yang bertemakan Sailor Moon, hadiah ini akan menjadi salah satu hadiah yang limited edition untuk kekasih anda!
Produk Mekap
Photo by Jess @ Harper Sunday on Unsplash
View this post on Instagram
Dengan pelbagai jenama mengeluar produk edisi Valentine, anda mempunyai pelbagai pilihan untuk menghadiahkan produk mekap kepada kekasih sempena Hari Valentine!
Kelas Memasak Bersama Kekasih!
Belajar memasak bersama kekasih anda dengan hadiri kelas memasak bersama-sama. Aww so sweet!
Lepas luangkan masa bersama menghadiri kelas memasak, boleh terus makan makanan yang anda masak! 2 in 1! Tips hebat dari Madu untuk jimatkan duit anda!
Kad Ucapan Buatan Tangan (Handmade Gift Card)
Photo by Estúdio Bloom on Unsplash
Siapa sahaja yang tak suka hadiah hasil buatan tangan oleh kekasih anda sendiri! Usaha yang diletakkan untuk hasilkan kad ucapan istimewa mesti akan dihargai oleh kekasih anda!