Baru Kahwin 3 Bulan, Isteri Luah Rasa Kecewa Suami Suka Tengok Gadis Lain Di TikTok
Cerita mengenai keruntuhan rumah tangga menjadi topik yang biasa digembar-gemburkan di media sosial. Cerita tentang kecurangan, pasangan tidak setia, keganasan rumah tangga, isu dengan mentua dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Iss Isstari meluahkan kekecewaan terhadap suaminya apabila si suami dengan selamba menonton video dan foto wanita lain di depannya.
@isaa.lstari Bukan pernikahan nya yang salah, tp emang dr orangnya yg gapernah bersyukur#suamikusurgaku #fyp#sedih ♬ Glimpse of Us – Joji
Ujarnya, meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada April lalu, wanita berkenaan selalu merasa tidak dihargai oleh suami sendiri kerana tidak menghormati perasaannya sebagai isteri.
Jelasnya, meskipun bernikah dengan lelaki yang dicintainya namun perkara itu tidak menjamin kebahagiaan. Ini rentetan ‘belang’ sebenar suaminya baru diketahui setelah menetap sekali di rumah mentuanya dan ternyata perangai sebenar suaminya jauh berbeza dari ketika saat mereka bercinta dahulu.
@isaa.lstari Sabar itu awal yang indah #semoga ♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀
Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet meninggalkan kata-kata semangat dan mendoakan yang baik-baik buat wanita berkenaan.
Tidak ketinggalan juga ada yang berkongsi mengalami nasib yang sama dan tidak kurang yang meluahkan kekecewaan melihat sikap segelintir suami yang sanggup melihat wanita lain tanpa memikirkan perasaan isteri mereka.
“Penting nya mempunyai suami yang pandai menjaga pandangan untuk menjaga hati sang istri,”
“Pentingnya seorang suami menjaga pandangan matanya. Mungkin nampak isteri macam tak kisah but deep inside it really hurt. Sangat menyakitkan ya,”
“Masih untung sebab dia cuma tengok je. Laki aku sambil tengok sambil follow sambil like and stalk,”
Orang-orang single yang tengok benda-benda macam ini rasa takut nak kahwin!