Inai Nunha Dipertikai Tidak Sah Dibawa Solat, Neelofa Dah Tak Boleh Berdiam Diri! – Manis Madu
Inai Nunha Dipertikai Tidak Sah Dibawa Solat, Neelofa Dah Tak Boleh Berdiam Diri

Inai Nunha Dipertikai Tidak Sah Dibawa Solat, Neelofa Dah Tak Boleh Berdiam Diri!

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai produk inai keluaran selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail banyak diperkatakan di laman sosial. Pelbagai isu juga timbul selepas pelancaran produk ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INNAI NUNHA HQ (@nunha.co)

Antara krititkan yang diterima berkaitan Inai Nunha ini adalah mengenai warna, proses sebelum menggunakannya dan juga isu terbaru yang dibangkitkan adalah inai ini tidak sah dibawa solat!

 

Mengenai warna inai ini, rata-rata membandingkan hasilnya yang dikatakan seperti kuku tersepit pintu, gothic dan lain-lain kerana memiliki warna coklat gelap dan tidak sama dengan warna asal inai iaitu merah atau maroon.

Selain itu, proses membancuh inai ini juga mendapat kritikan ramai orang. Inai Nunha dikatakan mempunyai proses yang terlalu rumit, cerewet dan tidak boleh ‘derhaka’ panduan pemakaian. Jika tidak, hasilnya pasti tidak elok dan warnanya tidak menjadi.

 

Masih berdiam diri selepas menerima tohmahan-tohmahan sedemikian namun Neelofa tampil menjelaskan melalui IG Story nya apabila isu tidak sah solat pula dibangkitkan netizen baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INNAI NUNHA HQ (@nunha.co)

Maduners boleh dengar penjelasan Neelofa berkaitan isu berkenaan:

@ainholib Replying to @cikpiey Penjelasan daripada founder Innai Nunha. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami 🤗 #innainunha#fyp#innaineelofa#innainunhaneelofa ♬ original sound – Ain Holib

Neelofa juga ada berkongsikan sijil halal untuk bahan-bahan mentah yang digunakan untuk serbuk Inai Nunha dari kilang di India dan berjanji akan berkongsi beberapa ujian makmal (lab test) dari semasa ke semasa.

Halal Certificate Nunha

Rasanya tak perlu untuk mensensasikan sesuatu perkara secara berlebihan. Lebih teruk kalau kongsi sesuatu tanpa fakta yang tepat yang akhirnya hanya akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Post a Comment