“Dah Kata Dah Jangan Main!” Doktor Kongsi Risiko Pesakit Rabun Jika Main Permainan Bungee Jumping
Aktiviti lasak bukan lagi menjadi perkara asing buat kaum hawa. Terdapat beberapa aktiviti lasak yang kerap dilakukan oleh orang ramai, tidak terkecuali kaum wanita seperti flying fox, bungee jumping, water rafting dan lain-lain.
Tular di laman TikTok baru-baru ini, satu perkongsian video oleh seorang doktor optometrist juga dikenali sebagai Shahrizal Redwan yang mendedahkan pesakit dengan rabun tinggi lebih berisiko tinggi jika bermain permainan lasak, Bungee Jumping.
Menurut video berkenaan, doktor Shahrizal berkongsi satu kes mengenai seorang pesakit berusia 24 tahun yang mendapat kesan buruk seperti mata merah dan kabur, pening, terhuyung-hayang, sesak dada dan sakit tengkuk selepas melakukan aktiviti esktrem itu.
Difahamkan, walaupun kesemua gejala itu semakin beransur pulih namun wanita itu masih mengalami kabur pada mata kiri walaupun sudah hampir sebulan melalui proses pemulihan.
“Dah kata dah jangan main! Bagi saya fikir la banyak kali,” ujarnya.
Jelas doktor Shahrizal, rupa-rupanya mata kiri wanita itu mengalami kecederaan yang lebih serius sehingga terdapat pendarahan di belakang mata.
Dalam video lainnya, doktor Shahrizal turut berkongsi tips keselamatan yang perlu dilakukan semasa bermain Bungee Jumping demi untuk mengelakkan risiko sedemikian. Maduners boleh rujuk video di bawah:
Kalau Anis la kan, tak ada risiko macam itu pun tobat lahum tak berani naik. Gayat wey!