Peminat Makanan Pedas Hadir! Kali Ini Wajib Cuba Menu Viral Suun Ala Szechuan Pula
Sejak dua menjak ini kalau scroll TikTok, mesti akan jumpa resipi makanan yang tengah viral di China iaitu suun pedas ala Szechuan! Uish, kalau lalu dekat fyp, memang terliur dibuatnya.
Makanya, hari ini Anis nak kongsi dengan Maduners resipi serta cara-cara nak buat suun pedas ala Szechuan ini. Jom!
@chefdaveveganjourney Soo Hoon Pedas Viral (Makanan Viral di China) – Chef Dave #chefdaveveganjourney #masakanvegan #veganstyle ♬ original sound – ChefDave VeganJourney
Bahan-bahan yang diperlukan:
Suun (rendam dengan air panas)
Sedikit lobak merah
Sedikit timun
Sedikit daun ketumbar
Kacang tanah (sangai dan tumbuk)
Bahan (chilli oil)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 biji cili padi (potong kecil)
Sedikit daun bawang (potong kecil)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar bijan
Minyak masak
1 sudu besar cuka hitam
1 sudu besar kicap masin
Gula dan garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Mula-mula, rendam suun dalam air panas. Bila dah masak, angkat dan masukkan ke dalam air biasa.
- Kemudian, sediakan pula chilli oil untuk digaulkan bersama suun nanti. Nampak jerr bahan-bahan yang digunakan banyak tapi penyediaannya sangat mudah!
- Untuk resipi chilli oil, korang masukkan bahan-bahan B iaitu bawang putih, cili padi, daun bawang, serbuk cili, bijan dan minyak masak panas dalam satu mangkuk. Pastikan minyak betul-betul panas ya.
- Gaulkan bahan-bahan tadi dan campurkan pula kicap, cuka hitam, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Gaulkan hingga sebati.
- Bila semua dah siap, masukkan lobak merah, timun, daun ketumbar dan sedikit kacang tumbuk ke dalam mangkuk berisi suun diikuti chilli oil yang telah disiapkan tadi. Kacau semua sekali hingga bahan-bahan bersatu menjadi hidangan yang walah, mamma mia, chef kiss!
Haa, korang jangan lupa untuk cuba resipi ini okay? Buat yang suka makan pedas memang sesuai sangat dan kalau yang tak tahan pedas, mungkin boleh kurangkan penggunaan beberapa bahan seperti cili dan serbuk cili untuk kurangkan tahap kepedasan.
Selamat mencuba Maduners!