Tepuk Dahi Anak Asyik Minta Alat Tulis Baru Setiap Hari, Netizen Puji ‘Smart Move’ Wanita Ini! – Manis Madu
Tepuk Dahi Anak Asyik Minta Alat Tulis Baru Setiap Hari, Netizen Puji ‘Smart Move’ Wanita Ini!

Tepuk Dahi Anak Asyik Minta Alat Tulis Baru Setiap Hari, Netizen Puji ‘Smart Move’ Wanita Ini!

Bagi mak-mak yang ada anak masih bersekolah, pasti pernah berdepan situasi mereka mengadu alat tulis hilang dan meminta dibelikan yang baru.

 

Boleh jadi alat tulis tersebut hilang kerana di ambil rakan sekelas atau disebabkan kecuaian mereka sendiri. Sekali sekala hilang mungkin boleh diterima untuk diganti yang baru tapi kalau dah kerap sangat, tak ke pening kepala!

 

Bertepatan dengan situasi berkenaan, terdapat satu perkongsian daripada seorang wanita dikenali sebagai @ferique di laman TikTok yang berdepan masalah yang sama.

@ferique13Since pensil/ruler/eraser almost everyday lesap…. beli kt kedai 2 hengget pun maknya masih rasa gerammmmmm… So kita kurangkan geram dengan cara ni. 🤣

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Video tersebut menunjukkan wanita itu sedang memotong pemadam serta mematahkan pensil menjadi bahagian yang lebih kecil.

 

“Bila anak kau hari-hari hilang alat-alat tulis. Walaupun beli kat kedai RM2 sekalipun maknya tetap sakit hati. Maka, inilah jalan terbaik untuk kurangkan maknya stress,” tulisnya dalam video tersebut.

 

Alat tulis yang dikecilkan saiznya itu kemudian dimasukkan ke dalam bekas pensil anaknya dan disusun dengan baik.

 

Bye bye pensil/eraser/ruler! Jangka hayat you akan tamat anytime soon!” tambahnya lagi.

 

Melihat ke ruangan komen, ramai juga netizen mengakui pernah melakukan cara yang sama bagi menangani masalah kehilangan alat tulis anak-anak seperti dilakukan wanita tersebut.

 

“Ingatkan saya je paling teruk potong-potong pemadam rupanya ada lagi teruk sampai patahkan pensil,”

 

Tidak hanya itu, netizen juga memuji tindakan wanita itu dan berterima kasih kerana memberi tips tersebut.

 

“Wah, sangat-sangat berguna tips ni. Anak saya tiap hari hilang semua benda, nasib baik beg dia tak hilang juga. Kalau tak, pakai plastik RM2 tu ke sekolah hari-hari nanti,”

 

Niceeee tips la! Betul-betul, kat sekolah kadang jumpa alat tulis mahal-mahal, jenama Stabilo bagai tapi bila tanya sorang pun tak mengaku,”

 

Anak-anak sekolah rendah memang macam ini lah masalahnya! Lepas ini, para ibu boleh cuba cara yang dikongsikan wanita ini. Jimat dan tak beremosi ibu-ibu dibuatnya.

Post a Comment