Kad TnG Versi Baharu Dijual Semula Dengan Harga RM120 Sekeping, Geng Malas Topup Manual Jadi Sasaran! – Manis Madu
Kad TnG Versi Baharu Dijual Semula Dengan Harga RM120 Sekeping, Geng Malas Topup Manual Jadi Sasaran!

Kad TnG Versi Baharu Dijual Semula Dengan Harga RM120 Sekeping, Geng Malas Topup Manual Jadi Sasaran!

Sejak diperkenalkan April lalu, nampaknya ramai rakyat negara ini yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kad Touch ‘n Go (TnG) versi baharu.

 

Bukan sahaja kerana didatangkan dengan warna yang menarik, kad itu juga lebih memudahkan pengguna untuk membuat tambah nilai pada bila-bila masa melalui aplikasi TnG eWallet pada telefon mereka.

 

Untuk pengetahuan, kad terbaru ini diperkenalkan dengan harga asal RM10 untuk sekeping kad namun menurut satu ciapan di laman Twitter baru-baru ini, seorang pengguna mendapati terdapat individu tidak bertanggungjawab yang menjual kad tersebut dengan harga berlipat kali ganda.

“Anak s*tan mana borong kad TnG lepas tu jual sampai 800 peratus harga asal?” tulis ciapan tersebut.

 

Dalam ciapan yang sama, pengguna Twitter berkenaan turut berkongsi tangkap layar penjualan kad itu pada harga RM75 dan RM80 yang dijual menerusi Shopee.

 

Seorang lagi netizen turut berkongsi tangkap layar Instagram Story penjual yang menawarkan kad tersebut pada harga RM120 sekeping.

 

“Guys, harga RM120 sekeping. Bukan suka-suka naik tau, sebab supplier increase the price. Expected to arrive (ETA) mid August. Yang betul-betul interested and full payment je okay? Sesuai untuk kita-kita yang malas nak turun Petron pergi top up. Tak kena hujan tak kena panas,” tulis penjual itu.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang atas tindakan tidak bertanggungjawab itu dan berharap penjual-penjual itu dikenakan tindakan undang-undang.

 

Selain itu, netizen juga berkata mereka lebih rela menggunakan kad TnG lama walaupun terpaksa membuat tambah nilai secara manual di stesen minyak daripada membazirkan wang membelinya dengan harga tidak masuk akal.

 

“Korang rileks je jangan gelabah. Situasi ni sama macam beli pelitup muka dulu. Akhirnya pelitup muka dah berlambak jual,”

 

“Selagi ada orang membeli, selagi tu la mereka jual dengan harga lintah darat tahap dewa ni. Boikot je. Selama ni pun kita turun top up manual,”

 

“Patut lah selalu tak ada stok. Rupanya ada orang jual semula,”

 

Susulan perkara ini, pengendali Twitter rasmi @MYTouchnGo turut menasihati orang ramai agar membuat pembelian kad tersebut melalui eWallet atau TnG Hub yang terletak di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Tergamaknya borong banyak-banyak kemudian jual dengan harga berlipat kali ganda. Patutlah stok selalu habis!

Post a Comment