Anak Bawa Belut Macam Alat Permainan, Ibu Di Dapur Pula Menjerit Geli Geleman! – Manis Madu

Anak Bawa Belut Macam Alat Permainan, Ibu Di Dapur Pula Menjerit Geli Geleman!

Belut boleh dikatakan haiwan yang hampir menyerupai fizikal ular. Badannya yang memanjang dan meliuk-lentuk itu kebiasaannya menimbulkan rasa takut dan geli bagi segelintir orang untuk melihat apatah lagi menyentuhnya.

 

Namun, lain pula bagi seorang kanak-kanak kecil yang dengan selamba memegang haiwan itu dengan kedua belah tangannya seperti mainan.

 

Video yang dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini itu mengundang tawa warganet apabila ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut mula panik dan menjerit di dapur gara-gara didekati anaknya yang membawa dua ekor belut.

Dapat dilihat dalam video tersebut, kanak-kanak itu membawa masuk belut-belu itu lalu dibawa ke dapur dan mahu diberi kepada ibunya dan jelas sekali kedengaran jeritan ibunya yang ketakutan serta meminta belut itu dibawa keluar.

 

β€œBang aku nak buat kerja ni bang! Banggg, wak tubik la aku nak masak ni!” ujar ibunya.

 

Menurut laporan mStar, Noor Aini Mohd Nor berkata, video tular yang menunjukkan anak lelakinya yang berusia dua setengah tahun, Muhammad Aathif Rizqi Mohd Mawardi membawa dua ekor belut hidup yang dibeli suaminya di pasar.

 

Wanita berkenaan menjelaskan, dua ekor belut itu akan disiang dan dipotong terlebih dahulu sebelum dia memasaknya untuk hidangan buat keluarga.

 

Tambah Aini, dia sama sekali tidak menyangka anak bongsunya yang dipanggil Mat Berani memegang dua ekor belut itu begitu saja sedangkan dirinya sendiri takut untuk memegangnya.

 

β€œMulanya dia main kat luar rumah, entah bila pergi kutip belut-belut tu dari baldi pun saya tak tahu. Sebelum ini dia takut pegang belut, katanya macam ular,” cerita Aini yang memberitahu anaknya juga tidak takut dengan apa jenis haiwan berkulit licin.

 

Bercerita lanjut, Aini turut berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu kini semakin lasak bermain di luar tidak seperti kanak-kanak seusianya.

 

β€œAnak saya ni tak ada suka permainan tertentu tapi dia suka sangat memancing. Selalu juga dia ikut saya dan suami pergi memancing. Selain itu, dia juga sering bermain dengan mesin rumput yang dah rosak. Dia akan galas mesin tu, siap pakai but dia dan acah-acah sedang potong rumput,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, si cilik ini juga dikhabarkan sangat lasak, suka berinteraksi dengan ramai orang serta memiliki imaginasi yang kuat. Patut lah dia pegang dua ekor belut macam pegang alat permainan!

Post a Comment