Terpaling Mudah Nak Buat! Resipi Sambal Belacan Udang Bakar Buat Ramai Kecur Air Liur
Udang boleh dikategorikan sebagai ‘haiwan kayangan’ kerana harganya yang agak mahal berbanding daging ayam, lembu atau ikan. Zaman dahulu lagi lah, sekali-sekala boleh makan udang, syukur sangat!
Udang juga boleh dikelaskan sebagai antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Masak apa pun sedap! Antara menu popular yang biasa di makan adalah udang masak merah, udang sambal petai, udang buttermilk, udang goreng kunyit dan lain-lain.
Selain selalu dimasak sebagai lauk, udang juga sesuai dijadikan hidangan minum petang seperti cucur udang atau pulut panggang. Memang layan!
Baru-baru ini, menerusi satu akaun TikTok dikenali sebagai Mifzalchannel, pemilik akaun ada berkongsi satu resipi yang sangat menarik iaitu resipi sambal udang belacan bakar. Bukan jerr nampak menyelerakan, paling penting mudah untuk disediakan! Jom Anis kongsikan resipinya.
Bahan-bahan:
Seekor udang sungai
Cili
Belacan
Serbuk perasa
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, bakar udang menggunakan pemanggang di atas dapur gas hingga separuh masak. Peringatan! Udang sangat cepat masak, jadi korang perlu berhati-hati dengan penggunaan api ya.
- Kemudian, tumbuk cili dan belacan hingga hancur sebelum masukkan pula sedikit serbuk perasa.
- Seterusnya, gunakan otak udang dan masukkan ke dalam lesung batu. Kemudian, keluarkan dan leraikan isi udang, masukkan semuanya sekali dalam lesung batu.
- Tumbuk semula isi udang bersama bahan-bahan tadi hingga sebati dan mendapat tekstur seperti sambal belacan. Siap untuk dihidang!
Wah, mudah kan? Dengan hanya 4 bahan, dah boleh dapat hidangan yang lazat seperti ini! Di ruangan komen video TikTok berkenaan juga, kebanyakan warganet menyatakan rasa tidak sabar untuk mencuba menu berkenaan.
Malah, seorang netizen turut memberitahu bahawa resipi sama boleh dibuat menggunakan ikan baung atau ikan keli.
“Teringat arwah opah pernah buat macam ni. Sedapnya,”
“Wow, saya tak pernah buat. Lepas ni kena cuba,”
“Sambal belacan kayangan ni. Terliur tengok,”
Kalau makan dengan nasi panas-panas, memang boleh bertambah nasi. Maduners jangan lupa cuba buat di rumah ya. Selamat mencuba!