“Masterpiece!” Ramai Kagum Tulisan Pada Lukisan Terpanjang Dunia Hasil Sentuhan Emma Maembong – Manis Madu

“Masterpiece!” Ramai Kagum Tulisan Pada Lukisan Terpanjang Dunia Hasil Sentuhan Emma Maembong

Nama figura bernama Ismail Maembong bukan lagi satu nama asing dalam dunia seni. Madu rasa ramai juga yang sudah tahu bahawa beliau yang juga seorang pelukis hebat ini merupakan bapa kepada pelakon terkenal, Emma Maembong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Menurut laporan, sekitar tahun 2015, bapa Emma yang juga Tokoh Pelukis Negara pernah membuat pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang di Dunia bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

Satu fakta menarik yang perlu korang tahu, ternyata tulisan atau teks di bawah lukisan Sejarah Melayu tersebut sebenarnya hasil tangan Emma Maembong. Wahhh, memang tangan seni, cantik sangat hasilnya!

“Pengunjung tidak pedulikan dia yang tekun menulis kerana dia belum dikenali…”

 

Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Ismail Maembong di laman Facebook yang mengatakan anaknya pada ketika itu masih belum dikenali kerana Emma mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2012.

 

“Ramai terkejut dan kurang percaya bila ayoh beritahu yg tulisan text Sejarah Melayu (SM) di lukisan terpanjang dunia itu adalah tulisan Emma.

 

“Ayoh diberi ruang ini oleh Kementerian pada 2005 untuk berkarya. Dalam foto ini Emma sedang menulis teks SM pada lukisan terpanjang dunia di pertengahan 2012.

 

“Pengunjung tidak pedulikan dia yang tekun menulis kerana dia belum dikenali, belum ceburi bidang lakon. Dia masuk bidang lakon akhir 2012 beberapa bulan lepas kerjanya disini selesai dan ayoh ‘bebaskan’ dia,” tulis Ismail Maembong.

 

Hantaran tersebut ternyata mendapat pelbagai komen positif daripada warganet yang mana rata-rata teruja melihat sentuhan tangan Emma pada lukisan terpanjang berkenaan.

 

“Karya agung. Halus dan teliti kerjanya. Tahniah buat ayah dan Emma. Kerja yang terbaik!”

 

“Hebatnya, cantik, kemas dan teliti. Bukan kaleng-kaleng ni. Terbaik anak dan ayah. Tahniah,”

 

“Comey sungguh anok itu. Jiwa dan darah seni yang mengalir digilap dengan sebaiknya,”

 

Terbukti! Darah dan jiwa seni diwarisi dari ayahandanya. Memang betul-betul berbakat dan hasilnya mengagumkan!

Post a Comment