Covid-19: Apa harus Maduners lakukan bila dah berjangkit? – Manis Madu

Covid-19: Apa harus Maduners lakukan bila dah berjangkit?

Covid-19 semakin lama semakin merebak diseluruh dunia sekarang ni. Tapi, bila dah mula berjangkit, kita pun mulalah panik dan gelabah tak tentu hala betul tak? Usah risau Maduners, Madu di sini akan membantu Maduners tangani masalah ini. Mari kita baca artikel ni untuk ketahui apakah itu.

1. Persediaan bila demam panas

Berdasarkan akhbar New Straits Times, 80% kes covid-19 ialah disebabkan demam panas. Maduners jangan risau. Bila Maduners rasa macam dah demam ataupun demam tu on the way, pastikan Maduners makan ubat seperti pain relievers, fever reducers dan decongestants yang disyorkan oleh pakar perubatan. Dengan itu, Maduners akan merasai demam semakin berkurangan dan mungkin juga sihat sepenuhnya.

 

Jika Maduners masih rasa tidak sihat, terus jumpa doktor. Doktor akan check jika Maduners mempunyai tanda-tanda berjangkit Covid-19. Terutama sekali untuk orang tua yang mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan sakit paru-paru harus diutamakan untuk bertemu doktor.

2. Kebersihan diri penting

Kebanyakan Maduners selalunya merenjis tangan dengan air lepas itu lap. Oh ho ho…jangan begitu sis. Untuk lebih berhati-hati, pastikan Maduners basuh tangan menggunakan sabun setiap kali menyentuh apa-apa ketika di tempat awam ataupun di kawasan perumahan. Sambil Maduners basuh tangan, Maduners juga boleh ikut cara basuh tangan mengikut rentak muzik di bawah ini.

Kalau Maduners masih merasai tangan maduners tidak bersih secukupnya, gunalah hand sanitizer. Berdasarkan Says.com, hand sanitizer mempunyai 60% alcohol. Jadi lebih selamat untuk Maduners lepas basuh tangan pakai terus hand sanitizer.

 

Bila mata, hidung dan mulut rasa macam gatal, uallss jangan lah cuba nak garu pulak. Lebih-lebih lagi dengan tangan tak dibasuh. Gunakan tisu atau pun kain lap jika nak menyentuhnya. Maduners bila batuk ataupun bersin, pastikan mulut ditutup dengan menggunakan tisu. Lepas tu, jangan lupa pulak basuh tangan yeah!!

3. Duduk kat rumah diam-diam

Madu tahu Maduners suka jalan-jalan, lebih-lebih lagi bila hujung minggu tiba. Tapi kalau dah berjangkit, takkan nak jalan-jalan keluar betul tak? Jadi duduklah kat rumah tu pasang Netflix ke atau baca buku ke, dapatlah halang dari penyebaran virus Covid-19 ni.

 

Selain tu, pastikan Maduners tidak boleh berkongsi barang dengan yang lain. Betul sharing is caring tapi kongsi penyakit pun tak bagus. Jadi elakkan berkongsi buat sementara waktu ni yeah. Berdasarkan Says.com, di US Centres for Disease Prevention and Control (CDC), mereka yang berjangkit akan diberi tempat tidur dan bilik air yang berasingan dengan orang yang tidak berjangkit. Lagi hebat kan, Maduners?

 

Bila keluar pakai mask, kat dalam rumah pun pakailah juga yeah! Ini langkah yang mudah untuk mengurangkan penyebaran wabak ini tersebar bila di rumah. Kebiasaanya, orang yang sakit disyorkan untuk memakai mask ini. Better safe than sorry betul tak. Madu akan kongsikan juga bersama Maduners cara untuk memakai mask yang betul.

4. Someone call the doctor!!

Jika Maduners merasai tanda-tanda seperti kesesakan bernafas, sakit di dada, pengsan tiba-tiba dan muka dan mulut nampak kebiruan, terus telefon doktor. Sekurang-kurangnya apabila telefon doktor, kita tidak harus pergi ke hospital dan menyebarkan wabak ini kepada orang lain.

 

Berdasarkan Menteri Kesihatan, Maduners boleh hubungi pejabat kesihatan daerah terdekat atau state Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Untuk yang ingin berhubung dengan doktor selepas waktu bekerja, boleh hubungi perkhidmatan pengamal kesihatan swasta seperti DoctorOnCall dan BookDoc.

 

Maduners boleh dapatkan telefon nombor pejabat kesihatan daerah dan CPRC di sini.

5. Stay alert dengan keadaan di luar sana tentang Covid-19

Jika ingin tahu pekembagan tentang wabak ini, pastikan Maduners tonton berita dan juga baca akhbar untuk ketahui lebih lanjut informasi tentang Covid-19. Semakin hari semakin teruk wabak ini tersebar bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara juga terutama sekali di China, Itali, Iran, Korea Selatan, Sepanyol, German, France, Amerika, Switzerland, Norway dan Japan.

 

Pastikan Maduners ikuti tips yang Madu sarankan di sini. Harap Maduners juga dapat berkongsi maklumat ini bersama yang lain. Madu doakan semoga Maduners sekalian terlindung daripada terkena jangkitan ini. Stay safe Maduners! Take care!

Post a Comment