Covid-19: Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu – Manis Madu

Covid-19: Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Pelbagai maklumat mengenai virus Covid-19 disebarkan kepada orang ramai yang mana ada maklumat yang sahih dan juga tidak sahih.

 

Menurut para doktor daripada Fakulti Perubatan di Universiti Yale, ini adalah lima perkara terkini yang Maduners perlu tahu mengenai pandemik Covid-19.

1. Maklumat Mengenai Wabak Covid-19 Yang Berevolusi

Sehingga kini, maklumat yang sahih mengenai penyebaran Covid-19 adalah menerusi cecair daripada mereka yang dijangkiti seperti batuk, bersin mahupun bercakap.

 

Walaupun individu yang mempunyai virus tidak menunjukkan sebarang simptom, wabak tersebut masih boleh disebarkan pada peringkat awal.

 

Virus ini dikatakan boleh berevolusi dan terdapat kemungkinan akan terdapat cara lain untuk virus ini tersebar.

2. Pakar Perubatan Kini Sedang Mencari Penawar

Bukan mudah untuk mencari penawar terutamanya bagi penyakit yang disebabkan oleh virus seperti Covid-19 ini.

 

Ujian vaksin sedang dijalankan, namun mungkin mengambil masa hampir satu tahun untuk memastikan vaksin tersebut sememangnya penawar kepada virus Covid-19.

3. Jika Berjangkit, Ini Perkara Yang Anda Perlu Lakukan

Pengumuman Waktu Operasi Terbaru Bagi Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan bermula 24 April 2020…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 21 April 2020

Sila hubungi talian kecemasan jika Maduners menunjukkan simptom wabak Covid-19 seperti demam panas, batuk dan kesukaran bernafas.

 

Maduners boleh hubungi talian 03 88810200/ 03 88810600/ 03 88810700.

 

Perkara ini amat penting terutamanya jika Maduners ada berhubung dengan mereka yang telah disahkan mempunyai wabak Covid-19.

4. Mencegah Adalah Lebih Baik Daripada Merawat

 

Basuh tangan anda dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat bagi mencegah penularan jangkitan termasuk #COVID19.

Apa yang boleh dibuat dalam masa 20 saat? Durasi dua kali nyanyian ‘Happy Birthday’ adalah selama 20 saat. Sambil nyanyi, sambil cuci tangan. 🙂

Kekal bersih, kekal selamat.

#safehandchallenge

#COVID19 Wash your hands with soap and water for at least 20 seconds.

Need a timer?

The “Happy Birthday” song from beginning to end twice.

If today is your birthday, we wish you a happy birthday.

Stay calm. Stay safe. Stay healthy.

@WHO
#SafeHandsChallenge
@DrTedros

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, 13 March 2020

Mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Maduners boleh melakukan perkara di bawah ini untuk mengurangkan risiko berjangkit wabak Covid-19.

 

  • Membasuh tangan selama 20 saat atau lebih. Pastikan Maduners cuci tangan dengan teliti dan mengikut piawaian cara basuh tangan dengan betul.
  • Berada di rumah. Kurang melakukan aktiviti yang melibatkan kumpulan orang ramai.
  • Elak daripada menyentuh hidung, mata dan mulut dengan tangan yang tidak bersih.

5. Kawalan Ketat Oleh Pihak Berkuasa

Pihak berkuasa memainkan peranan besar dalam hal ini, kerana kita masih tidak tahu punca dan tidak mempunyai vaksin bagi wabak Covid-19.

 

Maduners haruslah mengikut Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berada pada fasa ke-4 agar dapat membantu menurunkan kes wabak Covid-19.

 

Maklumat terkini, Perintah Kawalan Pergerakan disambung bermula 29 April hingga 12 Mei 2020.

SELAGI TIADA VAKSIN JANGAN BERHENTI PERANGI COVID19.

SELAGI TIADA VAKSIN JANGAN BERHENTI PERANGI COVID19.

Patuhi PKP agar kita dapat putuskan penularan wabak COVID19.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010.

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Jabatan Perdana Menteri

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, 20 April 2020

Post a Comment