Wanita Jangan Malu-Malu Kucing Untuk Ke Gim, Nasihat Terbaik Untuk Newbies Bersenam Di Gimnasium – Manis Madu
Wanita Jangan Malu-Malu Kucing Untuk Ke Gim

Wanita Jangan Malu-Malu Kucing Untuk Ke Gim, Nasihat Terbaik Untuk Newbies Bersenam Di Gimnasium

Maduners yang baru menjinakkan diri nak ke gim untuk bersenam, bukan boleh main angkat saja equipment yang ada di situ.

 

Jadi kali ini Alif nak kongsikan beberapa tips dan panduan yang sedikit sebanyak boleh membantu Maduners untuk bersenam di gim.

1. Jangan Terus Bersenam Menggunakan Dumbbell

Siapa saja yang tak excited bila nampak dumbbell yang bersepah. Mesti nak cuba semua, tapi jangan buat begini pada peringkat awal.

 

Penggunaan equipment yang salah boleh mengundang badan untuk sakit, yang lebih teruk bila otot-otot anda terkoyak.

2. Biasakan Diri Dengan Senaman Menggunakan Tikar Yoga

Biasakan-Diri-Dengan-Senaman-Menggunakan-Tikar-Yoga

Kalau tak boleh gunakan dumbbell, apa patut kita buat? Apa kata mesrakan diri dengan tikar yoga terlebih dahulu.

 

Lakukan aktiviti warm up dan fitness seperti squat, burpees, planks dan bermacam lagi senaman yang tidak memerlukan anda bersenam menggunakan peralatan yang berat.

 

Bila dah biasa dengan senaman tersebut dan metabolisme anda sudah meningkat, waktu itu Maduners sudah bersedia untuk bersenam dengan peralatan berat tanpa masalah.

3. Tetapkan Matlamat/ Pendirian

Tetapkan matlamat wake up and workout

Setiap perkara yang kita buat mesti ada sebabnya yang tersendiri. Kenapa kita pergi gim? Nak jaga kesihatan? Nak dapatkan badan yang cantik? Tanya semula pada diri anda.

 

Selepas dah tahu matlamat kita, baru kita tetapkan latihan yang sesuai untuk kita aplikasikan di gim kemudian hari.

4. Jangan Abaikan Bahagian Lower Body

Jangan Abaikan Bahagian Lower Body

Senaman yang kita lakukan harus melibatkan kesuluruhan anggota badan agar dapat meningkatkan ketangkasan dan kecerdasan badan kita.

 

Latihan bawah badan penting untuk pembinaan otot seluruh badan. Start with a small number first, so that you will get used to it.

5. Pemakanan yang Betul

Perkara paling sia-sia ialah apabila Maduners pergi ke gim untuk jaga bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan. What a waste.

 

Jaga pemakanan itu bukan maksudnya tak perlu makan langsung tetapi sebaliknya kecilkan portion makanan dan juga makan makanan yang lebih berkhasiat.

 

Jauhkan diri daripada makanan berminyak, berlemak, yang mempunyai banyak Monosodium Glutamate (MSG) dan lebihkan makanan yang tinggi serat.

Macam mana? Dah tahu apa yang patut Maduners buat selepas ini, dah boleh pratikkan cara yang betul bila berkunjung ke gim untuk bersenam!

Post a Comment