Penyakit Milia Bukan Hanya Pada Bayi, Orang Dewasa Pun Boleh Terkena. Jangan Pandang Remeh – Manis Madu
Penyakit Milia Bukan Hanya Pada Bayi

Penyakit Milia Bukan Hanya Pada Bayi, Orang Dewasa Pun Boleh Terkena. Jangan Pandang Remeh

Milia? Penyakit apa itu? Sakit sangat ke sampai boleh jatuhkan confident level kita di depan orang ramai?

 

Kalau Maduners nak tahu, Milia atau ‘sista berisi keratin’ adalah ketulan putih yang mengandungi keratin berkumpul pada pori kelenjar peluh dan membentuk benjolan pada permukaan kulit.

MH_photo_of_milia_on_infant

Sumber Gambar: www.webmd.com

Saiznya amat kecil, antara satu hingga dua milimeter dan terbahagi kepada dua jenis iaitu milia primer dan milia sekunder.

 

Milia primer merujuk kepada bayi yang baru lahir apabila keratin terperangkap dalam kulit manakala milia sekunder terjadi akibat kecederaan pada kulit seperti melepuh.

 

Kebiasaannya, milia ini terjadi kepada hampir 50 peratus bayi yang baru lahir dan kepada ibu bapa yang gusar pada bayi mereka yang ada tanda-tanda milia ini, tidak perlu risau kerana ianya akan hilang apabila bayi mencecah dua hingga empat minggu selepas lahir.

 

Alif nak fokus lebih sedikit kepada milia sekunder yang selalunya berlaku dalam kalangan orang dewasa lebih-lebih lagi remaja di luar sana.

Macam Alif katakan, walaupun tidak berbahaya namun kewujudan milia pada wajah memberi kesan kepada personaliti dan juga penampilan  yang boleh boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang individu.

Jangan ingat milia hanya tumbuh pada bahagian wajah sahaja, ia boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh badan yang mengalami kecederaan seperti kecederaan daripada kebakaran.

 

Walaupun milia hanya bersifat sementara tetapi jangan pula buat tak tahu dan tak ambil kisah tentangnya. Antara langkah yang boleh diambil untuk membuang masalah milia:

 

  • Jangan cuba untuk mencucuk atau mengeluarkannya kerana akan menyebabkan iritasi pada kulit
  • Muka anda sentiasa dibersihkan dengan pembersih muka
  • Wap muka untuk membuka liang pori
  • Exfoliate muka 1-2 kali seminggu
  • Gunakan facial peel
  • Sapukan retinoid cream pada wajah

 

Kalau nak dapatkan rawatan, pastikan anda lakukan bersama pakar di klinik. Jangan lakukan sendiri di rumah. Bahaya!! Nanti kena jangkitan kuman pada kulit yang boleh memberikan kesan buruk.

Selain daripada rawatan laser, Maduners juga boleh lakukan rawatan pengelupasan kimia menggunakan Alpha Hydroxy Acid (AHA).

 

View this post on Instagram

 

Welcome to my page! My first post is about the product that made me fall in love with skincare. @pixibeauty Glow Tonic is a two-in-one little potion that acts as both a toner and mild exfoliater. This is the perfect product to dip your toe into acids and start a more elaborate skincare routine. . 🔎 #SpotlightIngredient: GLYCOLIC ACID It is an alpha-hydroxy acid (AHA) that is derived from plant sources such as sugar cane, pineapple, cantaloupe, grapes, and sugar beets. It is an exfoliant that improves the skin’s texture and is effective in decreasing acne, hyperpigmentation, dullness, and possibly photoaging. It works by weakening the attachment of the dead skin cells to the top layer of the epidermis (stratum corneum), which allows them to be sloughed off, exposing healthier, smoother, and more radiant skin. . 👩🏻‍⚕️ My personal experience: This 5% formulation is a good way to introduce AHAs into your skincare routine. I usually use it in my PM routine. It got rid of most of the texture that I had on my forehead, decreased the breakouts that I was having, and has slightly faded my post-pimple popping (do not do this! 🙅🏻) hyperpigmentation spots. ▫️ #pixi #pixibeauty #pixibypetra #pixiglow #pixiglowtonic #skintreats #glow #glowing #glowingskin #radiantskin #toner #alphahydroxyacid #glycolicacid #acidexfoliation #pmroutine #carolinehironsmademedoit #seedtoskincare #skinhealth #skincare #skincareroutine #skincareritual #skincareblogger #skincareblog #skincarejunkie #skincareobsessed #skincarecommunity #instaskincare #skincareingredients #365inskincare

A post shared by Katie Michelle 🌱 (@seed.to.skincare) on

Penggunaan AHA bukan sahaja membersihkan kulit, tetapi mampu merejuvenasikan kulit dan menghilangkan milia bersaiz kecil.

 

Dah tahu kan? Jangan buat tak kisah pula walaupun bendanya kecil. Boleh jejaskan tahap keyakinan diri seseorang. Jangan lupa jaga muka Maduners semua.

Post a Comment