Umum Nikah Jumaat Ini, Risteena & Isa Khan Mohon Doakan Urusan Ijab Qabul Dipermudahkan – Manis Madu
Risteena & Isa Khan

Umum Nikah Jumaat Ini, Risteena & Isa Khan Mohon Doakan Urusan Ijab Qabul Dipermudahkan

Melalui laman instagram, pelakon Risteena Munim dan kekasih hatinya, Isa Khan telah mengumumkan tarikh mereka akan disatukan sebagai suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Pasangan tersebut memilih tarikh 12 Mac bersamaan Jumaat ini untuk bernikah. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak berkongsi secara terperinci berkaitan masa dan lokasi majlis pernikahan itu akan dilangsungkan.

 

Risteena dan Isa memohon agar mendoakan segala urusan menuju pelaminan dipermudahkan.

 

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa daripada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri kami agar mendoakan segala urusan ijab dan qabul kami yang akan dilaksanakan pada 12 Mac nanti dipermudahkan,” tulis mereka.

 

Sempena meraikan penyatuan mereka, Isa yang juga seorang penyanyi mendedahkan bahawa dia telah menghasilkan sebuah karya istimewa untuk mereka berdua hasil ciptaannya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ™ عيسى خان (@theisakhan)

“Saya akan abadikan cerita cinta kami dalam sebuah karya yang saya ciptakan sendiri untuk si dia, Risteena yang berjudul “Karunia Terhebat”, the greatest gift.

 

“Semoga semua urusan kami berjalan dengan baik atas kehendak-NYA,” katanya lagi.

Post a Comment