Kekurangan Bukan Penghalang, Wanita Ini Guna Bahasa Isyarat Buat ‘Live’ FB – Manis Madu
Wanita Ini Guna Bahasa Isyarat Buat Live FB

Kekurangan Bukan Penghalang, Wanita Ini Guna Bahasa Isyarat Buat ‘Live’ FB

Kelainan upaya bukanlah satu batu penghalang bagi mana-mana individu dala mencari sesuap nasi. Jika ada kemahuan, pasti pelbagai perkara baru akan cuba diterokai.

 

Baru-baru ini terdapat perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Twitter tentang satu rakaman video seorang wanita kelainan upaya (OKU) bisu gigih menjual barang dagangannya secara atas talian menggunakan bahasa isyarat!

Dalam posting berkenaan, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Benjie meluahkan dia berasa rendah diri apabila melihat kesungguhan wanita berkenaan menggunakan medium live di Facebook bagi mempromosikan jualannya walaupun tidak boleh bercakap secara normal.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Zetty Sufiyyah ini sememangnya kerap membuat live mempromosikan produk jualannya dengan menyertakan nombor telefon di ruangan komen untuk memudahkan pembeli menghubunginya untuk membuat pesanan.

 

Kegigihan dan semangat Puan Zetty Sufiyyah dalam mencari rezeki mendapat perhatian warganet yang mana rata-rata mereka memuji usahanya serta tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa.

 

Warganet juga menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan selamat maju jaya buat Puan Zetty. Mereka juga turut mendoakan agar dia dikurniakan rezeki yang luas oleh Allah SWT. Amin!

Post a Comment