Bukan Gimik Muzik Video, Elizabeth Tan Sahkan Telah Bernikah – Manis Madu
Elizabeth Tan Sahkan Telah Bernikah

Bukan Gimik Muzik Video, Elizabeth Tan Sahkan Telah Bernikah

Penyanyi tinggi lampai, Elizabeth Tan, 28, mengesahkan dia sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim pada Sabtu lalu.

 

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy bersama pasangannya Siew Jim telah diraikan dalam majlis serba sederhana dan hanya dihadiri 10 orang tetamu sahaja.

 

Menurut Astro Awani, majlis penuh bermakna itu diadakan di Gombak, Selangor.

 

Sehubungan itu, Lizzy memohon maaf kerana tidak berkongsi tentang perkahwinannya kepada umum sehinggalah foto-foto hari bahagianya itu tular pada Ahad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia)

Sejak foto-foto berkenaan tular, pelbagai spekulasi dirumuskan warganet termasuk ada segelintir mendakwa foto tersebut adalah tujuan gimik muzik videonya sahaja.

 

“Gambar dan video yang telah tersebar mengatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.

 

“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

 

Menurutnya lagi, majlis perkahwinannya itu adalah perkara yang sangat peribadi dan memohon maaf kerana tidak menghebahkan sebarang undangan.

 

“Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.”

 

Madu ucapkan tahniah dan selamat berbahagia buat Lizzy dan suami!

Post a Comment