Awalnya Tak Sengaja Sembur Racun Makhluk Perosak, Tiba-Tiba Dapur Penuh Lipas!
Meremang! Itu yang Madu rasakan ketika melihat sebuah video yang tular di laman TikTok yang menunjukkan sebuah keluarga sedang membasmi puluhan hinggan ratusan lipas yang bersarang di sebuah dapur.
@urdhaaaaayang butuh jasa basmi kecoa dm aja #fyp♬ Halo Papah Mamah – Cheny Yarangga
Menyingkap kisah di sebalik video tersebut, merurut laporan Tribunnews.com, pemilik video bernama Vito Urdha Prihantoko berkongsi, peristiwa berkenaan terjadi pada Sabtu (20/3/2021) sekitar jam 1 petang.
Ketika itu, Vito dan ibunya baru membeli racun makhluk perosak di kedai berdekatan rumah dan menyembur di beberapa tempat kerana melihat terdapat beberapa ekor lipas berterbangan.
“Ibu saya nampak ada lipas di bawah dapur. Kemudian saya terus sembur dan tinggalkan untuk ke ruang menonton televisyen,” ujarnya.
Setelah ditinggal seketika, Vito memaklumkan mendengar suara kakaknya menjerit namun dia tidak mempedulikan dan masih berada di ruangan televisyen. Bahkan lipas yang mula muncul di ruangan itu juga tidak dipedulikan.
“Di ruang televisyen juga sudah kelihatan satu dua lipas tapi saya biarkan kerana saya rasa perkara itu biasa.
“Tapi setelah jeritan kakak saya semakin kuat didengari, saya bangun ke dapur,” katanya.
Rupanya, keadaan dapur mereka ketika itu dipenuhi dengan puluhan hinggan ratusan ekor lipas! Hampir keseluruhan ruang dapur dipenuhi haiwan perosak itu.
Meskipun takut dan geli, Vito terpaksa bersama-sama ayahnya untuk membunuh lipas-lipas berkenaan dan akhirnya keluarga itu berjaya membersihkan sarang lipas dalam masa kira-kira satu jam.
Melihat di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen. Ada yang memuji keberanian keluarga tersebut dalam menghapuskan lipas-lipas dan tidak kurang juga yang mengecam dengan mengatakan keluarga ini tidak menitikberatkan kebersihan sehingga mengundang ratusan ekor lipas di ruangan berkenaan.
Menepis dakwaan negatif para netizen, Vito menafikan bahawa keluarganya jarang membersihkan ruangan rumah dan mengaku rumahnya selalu dibersihkan.
Tetapi menurut Vito, dalam setiap rumah pasti ada tempat yang sukar dicapai untuk dibersihkan lalu berpotensi menjadi sarang lipas.
Apa-apa pun semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua. Utamakan kebersihan,jangan sampai rumah jadi sarang lipas baru nak ambil tindakan!