Wanita Dibakar Suami Sendiri Dengan Petrol – Manis Madu
Wanita Dibakar Suami Sendiri Dengan Petrol

Wanita Dibakar Suami Sendiri Dengan Petrol

Tertuduh, Irwan Che Abdullah, 43 dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu semalam atas pertuduhan membakar isterinya dengan menggunakan minyak petrol tujuh tahun lalu.

 

Bapa kepada lima orang anak dan juga seorang penangkap belut itu didakwa sengaja mencederakan isterinya, Rohfadla Daud, 37 dengan membakar si mangsa menggunakan cecair petrol yang boleh menyebabkan kematian.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

 

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian difahamkan berlaku di sebuah rumah di belakang Balai Islam Lundang, Kampung Lundang kira-kira jam 10 pagi pada 2 Mac 2014.

 

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

 

Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda atau sebat jika disabit kesalahan.

 

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan, diperuntukkan kepada sesiapa yang mencederakan pasangan, bekas pasangan, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan dan anggota keluarga lain yang membolehkan hukuman dilanjutkan dua kali daripada jangka masa maksimum jika sabit kesalahan.

 

Kes dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Hajar Sahirah Zulkefli.

 

Kes yang dibawa ke mahkamah ini akan disebut semula pada 25 Mei depan.

Sumber Gambar: info.semasa

Post a Comment