Risau COVID-19 Tular, 30 Sekolah Di Selangor Tutup 2 Hari
Menurut Awani, penutupan tersebut adalah selari dengan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
Pekeliling tersebut berkuat kuasa serta merta dengan tujuan untuk membolehkan penilaian risiko dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan juga ujian saringan kontak rapat dapat dilakukan serta merta.
Antara lain, pekeliling tersebut juga meminta sekolah terlibat untuk melakukan pembersihan dan proses sanitasi ketika tempoh penutupan.
Dalam menentukan sama ada penutupan perlu dilanjutkan atau tidak, pihak JPNS mengarahkan supaya sekolah berbincang mengenai perkara tersebut bersama Pegawai Kesihatan Daerah di PKD masing-masing.
Maka, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) dikehendaki dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
Antara sekolah-sekolah yang terlibat dengan penutupan tersebut ialah:
Klang: SJKC Perempuan, SJKC Tshing Nian, SJKC Ying Wah, SMK Tengku Ampuan Jemaah, SK Klang;
Kuala Selangor: SMK Raja Muda Musa, SJKC Chung Wah, SK Sungai Burung;
Sepang: SMK Putra Perdana, SMK Cyberjaya, SK Sungai Rawang;
Petaling Perdana: SMK Bandar Puchong Jaya A, SK Setia Alam, SJKC Shin Cheng (Harcroft), SMK Puchong Perdana, SK Pusat Bandar Puchong 2, SMK Seri Kembangan, SJKC Yak Chee;
Gombak: SK Sg Pelong, SK Hulu Klang.