Amy Schumer Buang Rahim Akibat Haid, Dah Tak Boleh Hamil Selamanya! – Manis Madu
Amy Schumer Buang Rahim Akibat Haid, Dah Tak Boleh Hamil Selamanya

Amy Schumer Buang Rahim Akibat Haid, Dah Tak Boleh Hamil Selamanya!

Pelakon wanita terkenal dari Amerika Syarikat, Amy Schumer terpaksa buang rahim dan apendiks miliknya selepas menderita penyakit endometriosis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @amyschumer

Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakitpuan yang biasa dialami golongan wanita.

 

Menurut pelakon wanita yang terkenal dengan lakonannya dari filem I Feel Pretty, dia bersyukur selamat menjalani pembedahan tersebut.

 

Amy juga mendedahkan berlaku banyak pendarahan pada rahimnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @amyschumer

“Jika anda mengalami kesakitan haid melampau, kamu mungkin ada (penyakit) endometriosis.

 

“Ini adalah pagi selepas pembedahan endometriosis dan rahim saya sudah dibuang. Doktor menemui 30 titik endometriosis dan apendiks pun dibuang kerana sudah diserang. Terdapat banyak sangat pendarahan dalam rahim saya,” katanya.

 

Namun, Amy berkata walaupun kini tenaga dia semakin pulih, dia berasa agak sedih kerana kesan daripada pembedahan itu, dia tidak mungkin dapat hamil pada masa hadapan

 

Proses pembuangan itu adalah perkara biasa bagi penghidap endometriosis.

 

Ini bukan pertama kali Schumer berdepan masalah kesihatan. Tahun lalu, dia terbuka berkongsi mengenai penyakit Lyme yang dialaminya.

 

Amy Schumer juga berkongsi di media sosial Instagramnya mengajak orang ramai untuk berkongsi cerita mereka yang mengalami endometriosis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @amyschumer

Pada 2018, dia juga pernah diserang jangkitan ginjal yang sangat teruk dan dimasukkan di hospital beberapa hari.

Post a Comment