Anak Gordon Ramsay Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Masalah gangguan seksual bukan lagi menjadi perkara asing dalam alaf ini. Seringkali dikaitkan dengan masalah ini kerana wanita kerap menjadi mangsa gangguan ini.
Anak perempuan chef terkenal Gordon Ramsay mendedahkan dia pernah menjadi mangsa serangan seksual, lapor Daily Star.
View this post on Instagram
Menurut Holly, dia menjadi mangsa sebanyak dua kali ketika berusia 18 tahun sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama tiga bulan.
Kata Holly, dia mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) rentetan kejadian berkenaan. Kejadian yang berlaku ketika di universiti itu juga ternyata mengganggu kehidupannya sebagai pelajar.
Kini, dia yang berusia 21 tahun mengimbas kembali kejadian yang pernah menimpa dirinya dan memuji bapanya atas sokongan yang diberikan selama ini.
View this post on Instagram
Cef berusia 54 tahun itu dikatakan memberi sokongan penuh atas apa yang berlaku terhadap dirinya.