Anak Kecil Dipakaikan Tudung, Tapi Ada Netizen Yang Panas? – Manis Madu
Anak Kecil Dipakaikan Tudung, Tapi Ada Netizen Panas_

Anak Kecil Dipakaikan Tudung, Tapi Ada Netizen Yang Panas?

Baru-baru ini menjadi perbalahan di laman sosial Twitter apabila video yang dikongsi @shopeecheckk tentang seorang anak kecil comel dipakaikan tudung oleh ibunya.

Perkara ini mula menjadi hangat apabila terdapat komen daripada netizen mempertikaikan perbuatan ibu yang memakaikan tudung kepada anak kecil.

 

“Comel tapi secara peribadi, saya tak suka idea anak-anak memakai tudung. Kesian tengok,” komen @Se_rieatsguac

 

Ramai netizen menyifatkan ‘pendapat’ itu sebagai berlebihan kerana melalui video tersebut tidak kelihatan anak kecil itu seperti rimas atau tidak suka apabila dipakaikan tudung.

 

“Apa yang kesian tengok budak pakai tudung? Bukannya terseksa atau meraung ke apa. Kalau dia rimas bukak la apa salah eh. Pelik-pelik je orang jaman now. Budak kecil pakai tudung pun boleh jadi isu,” komen @sryizhr

 

“Orang pakaikan anak kecik dia tudung jadi isu. Budak-budak ni kalau tak suka dia cabut. Kalau dia okay, dia pakai. Mak bapak pun tak la bangang sangat memaksa. Bukan sarung kat kepala nenek kau pun,” tulis @BenzZahid

 

Benda kecil pun bila masuk media sosial lain jadinya!

Post a Comment