Anhar Al-Deek Dibebaskan, Boleh Lahirkan Anak Luar Penjara Israel!
Pihak berkuasa Israel memutuskan untuk membebaskan Anhar al-Deek dengan wang jaminan 40 ribu shekel atau kira-kira RM52, 000. Anhar turut dikenakan syarat untuk ditahan di rumah keluarganya setelah dibebaskan dari penjara.
Alhamdulillah. Anhar Al-Deek dibebaskan! Sebentar tadi Mahkamah Israel bersetuju untuk membebaskan Anhar dengan syarat membayar jaminan 40k shekel (rm51k) & berada dalam tahanan rumah. Kita doakan semoga urusan bersalin beliau nanti dipermudahkan! 🥺 #SaveAnhar #FreeAnharAlDeek pic.twitter.com/TOq0kjFeqA
— Fakhri 🇲🇾🇵🇸 (@fakhrifadzli) September 2, 2021
Anhar, 25, kini sedang sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka melahirkan anak keduanya beberapa hari lagi.
View this post on Instagram
Sebelumnya Anhar tidak dibenarkan bebas oleh pihak berkuasa Israel dan sepatutnya melahirkan di dalam penjara tanpa kelengkapan perubatan yang cukup. Malah Isreal turut memutuskan Anhar bakal bersalin melalui kaedah pembedahan C-Section dalam keadaan tangan bergari.
Memetik laporan Quds News, Anhar yang juga merupakan penghidap bipolar menzahirkan keresahannya untuk melahirkan dan membesarkan bayinya dalam tahanan.
Bagi Anhar, penjara tempatnya ditahan bukan sahaja tidak sesuai untuk bayi, malah tidak layak dihuni oleh manusia!
“Penjara tersebut tidak memiliki kelengkapan untuk menyambut kelahiran seorang bayi dan membesarkannya. Keadaan di sana sangat teruk. Dia (bayi dalam kandungan Anhar) akan mengalami epilepsi akibat kekerasan di sana.”
“Kami yang dewasa pun ketakutan, bagaimana pula seorang anak yang akan dilahirkan dan membesar di sana?” kata Anhar kepada peguamnya.
Sebelumnya, Anhar pernah menulis sepucuk surat menyeru orang ramai agar bertindak dan menekan pihak berkuasa Israel untuk membebaskannya agar dia boleh melahirkan di luar penjara.
Anhar bukanlah satu-satunya ibu yang ditahan di penjara Israel. 40 wanita Palestin yang lain turut berada dalam tahanan Israel dan 11 daripada mereka mempunyai anak dan terpisah daripada keluarga.
Berita tahanan Anhar telah mendapat sorotan dari banyak pihak di seluruh dunia kebelakangan ini.
Pelbagai kempen kini giat dijalankan untuk pembebasan Anhar dan semua wanita yang berada dalam tahanan Israel.