Apa Fungsi R&R Kalau Tak Guna? Berhenti Tidur Dulu Elak Microsleep Di Jalan – Manis Madu
Apa Fungsi R&R Kalau Tak Guna_ Berhenti Tidur Dulu Elak Microsleep Di Jalan

Apa Fungsi R&R Kalau Tak Guna? Berhenti Tidur Dulu Elak Microsleep Di Jalan

Terlelap ketika memandu atau microsleep bukan perkara baru dalam masyarakat di Malaysia. Banyak kemalangan pernah dilaporkan berpunca daripada microsleep.

 

Begitu juga seperti yang diceritakan oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke Melaka bersama isteri dan dua orang ahli keluarga lain.

 

Menurut lelaki tersebut, ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), dia perasan seorang wanita di tepi jalan yang cuba menghubungi seseorang. Wanita tersebut juga tidak boleh masuk ke keretanya.

“Kami pun tergerak hati nak tanya dia kenapa, pastu dia cakap dia microsleep. Allahu seram weh,” tulis lelaki tersebut.

 

Ketika ditanya bagaimana boleh berlaku seperti itu, wanita itu berkata ketika dia tengah memandu dia tertidur dan setelah sedar, keretanya sudah melanggar pembahagi jalan. Mujur tiada kereta lain di belakang.

 

“Kami tanya la dia nak ke mana, dia cakap nak ke Melaka. Dah alang-alang macam satu tempat, so abang ipar aku dengan wife dia drive kereta dia (wanita itu) dan aku pulak follow belakang guide diorang,” tambah lelaki tersebut yang akhirnya berjaya menghantar wanita tersebut dengan selamat.

 

Di akhir ciapan itu, lelaki berkenaan menitipkan pesanan buat sesiapa yang suka memandu di waktu malam untuk berhenti rehat di tepi jalan terlebih dulu jika terlalu mengantuk.

 

“Pengajaran dekat cerita aku ni, kalau korang yang suka drive waktu malam, kalau mengantuk sangat-sangat please la rehat dekat tepi jalan dulu ke atau tidur yang cukup dulu baru korang sambung drive,” ujarnya.

 

Microsleep bukan sahaja bahaya untuk tuan badan tetapi boleh melibatkan nyawa orang lain juga. Ingat pesan abang ini!

Post a Comment