Apa Itu Sinaran UV? Ramai Yang Masih Lagi Tidak Tahu – Manis Madu

Apa Itu Sinaran UV? Ramai Yang Masih Lagi Tidak Tahu

Kehidupan dan aktiviti harian kita kebiasaannya dibuat di luar rumah dan terdedah dengan matahari. Tahukah anda sinaran matahari adalah musuh utama kulit anda?

Kulit yang terdedah secara langsung dengan sinaran matahari boleh membuatkan kulit anda kusam, kekurangan elastik dan boleh membuatkan kulit anda lebih tua. Sinaran matahari juga terdiri daripada sinaran ultraviolet(UV). Terdapat 2 sinaran UV, iaitu sinaran UVA dan juga sinaran UVB.

Sumber Gambar: http://www.sihatitunikmat.com/2017/04/sunblock-elak-sinaran-uv-halang-sunburn.html

Jadi apakah perbezaan UVA dan juga UVB?

SINARAN UVA

Sinaran UVA merupakan sinaran yang paling banyak di dalam nisbah jika dibandingkan dengan sinaran UVB. Nisbah antara sinaran UVA dan UVB adalah 20:1. Sinaran UVA mempunyai kebolehan untuk menembusi awan dan dinding kaca. Sinaran UVA boleh menembusi kulit di bahagian struktur yang lebih dalam. Ini boleh membuatkan kulit anda nampak lagi tua dan gelap yang berpanjangan.

SINARAN UVB

Sinaran UVB mempunyai gelombang yang pendek jika dibandingkan dengan UVA. Sinaran UVB kebiasaanya hanya menembusi di bahagian paling atas kulit anda (epidermis). Ini boleh membuatkan kulit anda kelihatan kemerah-merahan dan menyebakan sunburn.

Kedua-dua sinaran UV ini akan memberikan kesan yang tidak bagus kepada kulit anda, untuk memudahkan anda. Ingat sahaja:

UVA = Kelihatan lebih tua dan memberi efek yang lebih mendalam di dalam kulit anda.

UVB = Kulit akan mengalam selaran matahari dan kemerah-merahan di lapisan kulit paling atas (epidermis)

Di bawah kami sertakan senarai sunscreen yang saya suka pakai:

Neutrogena Ultra Sheer Dry Touch

Sumber Gambar: https://www.neutrogena.com/sun/sun-adult/sun-adult-lotions/ultra-sheer-dry-touch-sunscreen-broad-spectrum-spf-45/6868795.html\

Kiehl’s Ultra Light Daily UV Defense Mineral Sunscreen

Sumber Gambar: https://www.facebook.com/KiehlsMalaysia/photos/a.240509202759/10156307715457760/?type=3&theater

The Body Shop Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Innisfree Aqua UV Protection Cream Water Drop 50ML

Sumber Gambar: http://www.innisfree.com/my/en/product/productView.do?prdSeq=25704&catCd01=UA

First Aid Beauty Ultra Repair Pure Mineral Sunscreen Moisturizer SPF 40

Post a Comment