Aplikasi MySejahtera Dikemas Kini, Penambahan Beberapa Ciri Baru – Manis Madu
Aplikasi MySejahtera Dikemas Kini Dengan Penambahan Beberapa Ciri Baru

Aplikasi MySejahtera Dikemas Kini, Penambahan Beberapa Ciri Baru

Aplikasi MySejahtera akan dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang, lapor Astro Awani.

 

Melalui satu ciapan di laman Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penambahbaikan dalam aplikasi itu bermula pada malam ini.

Menurutnya, paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Selain itu, Khairy berkata, satu butang daftar keluar turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat.

 

Pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi itu tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis atau lokasi, ujarnya.

 

Ciapan tersebut telah mendapat 31k ulang ciap berserta 29k tanda suka. Rata-rata komen dari warganet mengucapkan terima kasih dan gembira dengan kemas kini aplikasi tersebut.

 

Untuk info, MySejahtera adalah satu aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak Covid-19 di negara ini.

Post a Comment