Asyik Cari Makanan Viral Jer, Makanan Zaman Dahulu Ingat Lagi Tak? – Manis Madu
Makanan Zaman Dahulu Ingat Lagi Tak

Asyik Cari Makanan Viral Jer, Makanan Zaman Dahulu Ingat Lagi Tak?

Jom kita throwback makanan zaman dahulu yang mungkin Maduners dah lupa!

 

Zaman sekarang trending makanan Korea sahaja memanjang. Maduners ingat lagi tak sajian zaman dahulu? Mungkin tak popular macam makanan yang in-trend sekarang, tapi layak mendapat hype sama rata dengan makanan yang lain!

1. Ikan Bakar Tanah Liat

IkanBakarTanahLiat

Sumber Gambar: OhBulan

Sejujurnya, Madu sendiri tak pernah nampak Ikan Bakar Tanah Liat ini. Rasa pun tak pernah. Menurut SAJI.MY, penduduk Perlis masih menyajikan Ikan Bakar Tanah Liat sehingga ke hari ini.

2. Ubi Rebus

https://cookpad.com/my/recipes/9969223-ubi-rebus-askar-jepun-dimana-mana-chefzam

Sumber Gambar: cookpad.com

Kalau Ubi Rebus pula, tipulah kalau tak pernah rasa! Ubi Rebus merupakan makanan utama masyarakat Melayu ketika waktu penjajahan Jepun dahulu. Makan dengan sambal atau kelapa parut memang sedap giler!

3. Putu Piring

putu-piring

Sumber Gambar: www.theflavoursofasia.com

Sedih Madu tengok ada yang tak kenal kuih Putu Piring ini. Kuih tradisi ini diperbuat daripada tepung ubi, tepung beras dan berintikan gula Melaka. Memang all-time favorite kuih!

4. Pisang Rebus

pisang-rebuschefzam-resipi-foto-utama

Sumber Gambar: cookpad.com

Kalau rasa pisang goreng terlalu berminyak, cuba rebus pisang pula! Sedap memang sedap, sihat pun ya juga. Orang zaman dulu selalu bawa bekalan Pisang Rebus ke ladang sebab tidak mudah basi.

5. Lempeng

Lempeng Kelapa Warong Kampung Sungai Pinang

Sumber Gambar: www.hmetro.com.my

Paling senang nak describe lempeng ini ialah, pancake versi Malaysia. Waktu zaman Madu di asrama dulu, mak cik kantin selalu hidangkan lempeng waktu sarapan. Childhood memories!

Kalau nak kira sendiri, makanan zaman dahulu memang terlalu banyak untuk disenaraikan. Sudah semestinya, makanan tersebut seharusnya dikekalkan walau zaman semakin moden agar tidak dilupakan generasi akan datang.

 

Jangan lupa untuk saksikan episod terbaru #SembangBersamaMadu tentang makan zaman dahulu! Mungkin ada makanan lain yang Maduners baru teringat semula.

Post a Comment