Atlet Kenya Mati Dibunuh, Suami Suspek Utama
Pelari jarak jauh Kenya, Agnes Tirop ditemui mati hari ini dengan kesan tikaman di perutnya dipercayai akibat dibunuh, kata pegawai olahraga.
Menurut laporan, polis berkata mereka kini memburu suaminya berkaitan insiden terbabit yang berlaku di kediaman Tirop dekat barat Kenya.
View this post on Instagram
Tirop, 25, adalah atlet yang sedang meningkat naik – pemenang dua pingat gangsa acara 10, 000 meter dan juara dunia merentas desa 2015 selain keempat acara 5,000m pada Olimpik Tokyo tahun ini.
Pada bulan lalu, dia memecahkan rekod dunia 10km wanita pada Road to Records Event di Jerman dengan catatan 30:01s, mengurangkan 28s daripada rekod sebelumnya kata Olahraga Kenya.
Tirop juga mencipta sejarah pada 2015 apabila bergelar atlet kedua termuda menang dalam acara merentas desa selepas Zola Budd.
“Kenya kehilangan permata yang juga seorang daripada atlet paling meningkat dalam arena antarabangsa, terima kasih atas persembahan baiknya di trek,” kata Olahraga Kenya dalam satu kenyataan.
“Kami masih menanti butiran lanjut mengenai kematiannya.”