Bakal Pengantin Gigih ‘Panjat’ Gunung Demi Foto Pre-Wedding
Sepasang bakal pengantin menjadi tular selepas satu video yang dimuat naik di aplikasi sosial TikTok menunjukkan kegigihan mereka mengenakan pakaian tradisional Indonesia sambil mendaki sebuah gunung demi untuk mendapatkan foto pra-perkahwinan yang cantik, lapor laman Suara.com.
Menerusi video yang dimuat naik akaun @caplin_shoot itu, bakal pengantin tersebut turut ditemani jurugambar dan juga seorang jurusolek.
@caplin_shootEntar kalo fyp lagi kabarin yak😂 #fyp #fypシ #prewedding #preweddingjakarta #preweddingphotoshoot #fotograferbarbar #preweddingkeren #prewedingstyle♬ suara asli – fotografer_barbar
“Prewedding naik gunung,” demikian tulis keterangan pada video itu.
Dalam video itu, bakal pengantin lelaki dilihat mengenakan pakaian tradisional masyarakat Jawa berupa sehelai beskap bersama kain jarik batik manakala pasangan wanita pula mengenakan kebaya berwarna merah jambu dan aksesori sanggul kepala.
Pasangan itu kelihatan tercungap-cungap kepenatan dan kaki bakal pengantin wanita juga tersangkut ketika mendaki, namun dia kemudiannya dilihat tetap bersemangat meneruskan pendakian.
Netizen yang terpegun melihat hasil gambar tersebut rata-ratanya meninggalkan komen berbentuk pujian kepada jurugambar.
“Tidak menyesal daki gunung, hasilnya cantik sangat,” tulis seorang netizen.
“Teringin juga pra-perkahwinan di sana,” kata seorang netizen lain.
Video tersebut telah ditonton oleh 3.2 juta kali dengan lebih 478,000 tanda suka.