Bau Nasi Minyak Neelofa Dan PU Riz, Hubungan Semakin Positif – Manis Madu
Bau Nasi Minyak Neelofa Dan PU Riz

Bau Nasi Minyak Neelofa Dan PU Riz, Hubungan Semakin Positif

Hubungan Neelofa dan PU Riz yang mula menjadi perhatian pada akhir Disember lalu dengan rentetan berita panas yang tercalit antara mereka kini barulah cerita gembira yang kita semua boleh dengar dari kisah cinta ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menurut Neelofa yang mengklasifikasikan kisah cinta mereka mempunyai cabaran yang tersendiri yang mana sama seperti pasangan yang lain itu Bagaimanapun semua itu berjaya diselesaikan menerusi perbincangan secara baik.

 

“Sebenarnya macam ini, tipulah saya cakap dalam setiap perhubungan itu tiada turun naiknya. Kami juga lalui benda yang sama.

 

“Ada masanya ada salah faham, ada perkara yang mengganggu. Tetapi kami berdua berjaya mengatasi cabaran itu, menerusi komunikasi dan bantuan keluarga juga”.

 

“Kami juga banyak berbincang dan alhamdulillah sekarang ini semakin baik dan positif,” ujarnya.

 

Untuk pengetahuan Maduners, statement berkenaan dinyatakan oleh Neelofa yang pada sidang media TheNoor bersama pelancaran aplikasi tersebut.

 

Aplikasi tersebut menurut Madu adalah amat berguna yang mana menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza, lokasi-lokasi masjid berdekatan, waktu solat, arah kiblat dan pelbagai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Bercakap kembali tentang hubungannya dengan PU Haris, Neelofa berkata selepas duduk berbincang dan menerangkan situasi sebenar, semuanya semakin pulih.

 

“Ketika keadaan tegang baru-baru ini, kami beri masa untuk semua bertenang. Selepas itu saya dan Haris berbincang untuk cari penyelesaian terbaik.

 

“Kami kemudiannya pergi berjumpa kedua-dua buah keluarga untuk terangkan keadaan sebenar. Perlahan-lahan, semuanya makin baik, makin pulih.

 

“Kami tak paksa untuk semua orang faham dan terima, alhamdulillah ia membuahkan hasil yang positif.

 

“Bagi saya apa yang penting dalam situasi seperti ini adalah kami berdua. Alhamdulillah kami ada persefahaman yang baik dan ia membantu untuk memulihkan keadaan,” jelasnya.

 

“Buat masa ini, saya pun sukar untuk menjelaskan dengan situasi semasa dan pelaksanaan kawalan pergerakan sebagainya.

 

“Insya-ALLAH selepas semuanya pasti nanti, saya akan beri kenyataan dalam masa terdekat,” terang Neelofa.

Post a Comment