Bayar Murah Bukan ‘Tiket’ Dapat Perkhidmatan Cincai, Pemuda Bidas Netizen Balik! – Manis Madu
Bayar Murah Bukan ‘Tiket’ Dapat Perkhidmatan Cincai, Pemuda Bidas Netizen Balik!

Bayar Murah Bukan ‘Tiket’ Dapat Perkhidmatan Cincai, Pemuda Bidas Netizen Balik!

Mendapatkan perkhidmatan terbaik meskipun di jabatan kerajaan merupakan hak pelanggan. Membayar dengan harga yang murah untuk perkhidmatan itu bukan beerti layak diperlakukan sewenangnya.

 

Ini berikutan satu ciapan oleh seorang pemuda di laman Twitter yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian yang diterimanya di klinik kerajaan.

Menurutnya, ketika membuat prosedur scaling dia perlu memegang sendiri paip sedut air dan darah sendiri sedangkan perkara itu sepatutnya bukan ‘tugasnya’.

 

“Aku dah malas nak pergi gomen (klinik kerajaan) buat scaling bagai. Last time aku pegi, aku kena pegang sendiri tau paip sedut air darah bagai semua tu sambil dr scaling gigi aku.

 

“Faham tak, dah la keadaan ngeri, aku kena kerja pulak??!” tulisnya dalam ciapan tersebut.

 

Tambah pemuda itu lagi, setelah memuat naik ciapan itu dia dihentam oleh segelintir individu gara-gara meluahkan rasa tidak puas hati itu.

 

Btw, macam biasa lah mesti kena bash “bayar RM2 buat kat gomen pun banyak cekadak”. Itu problem dia bila rakyat tunduk redha dapat perkhidmatan ala kadar especially healthcare yang sepatutnya kena terbaik. Sampai bila nak bagus? 

 

Sadly ada orang yang okay sebab kau bayar RM2 dan patut dapat layanan yang tak seberapa. Not just dental clinic, mana-mana dalam KK. Masalahnya di sini bukan sebab kau bayar RM2 untuk servis murah. Everything is subsidised, service cost is the same, gaji dr/dentist still ribu-ribu.

 

It is the gov responsibility untuk bagi the best healthcare and subsidised untuk rakyat. Bukan tiket untuk buat kerja ala jadar just because kau letak dalam kepala otak, kau bayar RM2 or patient bayar RM2 je banyak songeh,” bidasnya kembali.

 

Anis setuju! Tak semestinya kita bayar murah di klinik kerajaan, kita kena telan jerr semua perkhidmatan cincai seperti itu.

Post a Comment