Bayi 4 Bulan Meninggal Akibat Covid-19, Mangsa Termuda Direkodkan Dalam Kematian Di Malaysia
Virus COVID-19 kali ini dengan dukacitanya telah meragut nyawa bayi yang berusia 4 bulan pada hari Khamis (4/2/2021) di negara.
Perkara itu telah diumumkan antara 17 kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia.
Berdasarkan pengumuman daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bayi tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.
“Kes ke-167032 yang melibatkan bayi warga tempatan itu dilapor mempunyai latar belakang penyakit iaitu masalah jantung,” jelasnya.
Pada tahun lepas, nyawa termuda telah diragut virus ini adalah bayi berusia setahun tetapi tahun ini bayi yang berusia 4 bulan meninggal akibat virus tersebut telah dicatatkan kes kematian ke-812.
Sebelum ini, seorang bayi perempuan warga tempatan berusia setahun disahkan meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Semporna, Sabah.