Beg Tangan Keluaran Bata Mirip Rekaan Gucci Laku Keras, Netizen Pertikai Kenapa ‘Support’ Plagiarism?
Siapa tidak kenal jenama mewah asal Itali ini? Setiap penggemar fesyen pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki barangan jenama mewah, Gucci ini.
Baru-baru ini, tular di kebanyakan platform media sosial tentang rekaan beg tangan keluaran Bata yang dikatakan seakan-akan jenama mewah Gucci.
Lebih menarik, rekaan, bentuk dan warna beg tangan berkenaan saling tak tumpah seperti beg tangan jenama mewah Itali itu namun pastinya dijual dengan harga yang lebih murah.
@fizzxuan Gucci X Bata?😂😂😂 #gucci #bata ♬ original sound – Fizz Xuan
Sebagai rekod, Jackie 1961 small shoulder bag keluaran Gucci dijual pada harga RM11,411.40, manakala beg tangan Prive keluaran Bata itu pula cuma berharga RM119.
Untuk pengetahuan Maduners, selepas viral di media sosial gara-gara rekaan mirip jenama mewah Gucci, beg tangan keluaran Bata itu telah habis dijual serta merta di Malaysia!
Hasil carian di internet juga mendapati beg tangan harga marhaen itu sudah tidak dijual dan sold out di laman web rasmi Bata, Shopee dan Zalora.
Meskipun rata-rata netizen teruja dengan beg tangan keluaran Bata itu, namun terdapat segelintir netizen tidak berpuas hati kerana jelas unsur plagiat pada beg tangan keluaran itu.
Netizen juga mempertikaikan kenapa ada yang ‘support’ jenama berkenaan walaupun sudah meniru rekaan dari jenama mewah tersebut.
“Aku tak faham, korang boikot Duck sebab dia tiru design small business tapi bila Bata tiru big brand dipanggil step up the game? Aku tak backup atau Duck tapi ini bias!” komen seorang netizen di Twitter.
Perkara itu juga menimbulkan perbalahan di ruangan komen ciapan berkenaan perbezaan pendapat tentang hal tersebut.
Walau bagaimanapun, penjelasan dalam ciapan di bawah ini mungkin memberi sedikit pencerahan buat korang tentang isu ini:
following designs of bigger brands is called “trickle down effect”. i studied fashion design and we learn it in uni. 🦆 copying small brands is bad because theyre using their resources to steal from a business that has less visibility. bata copying bottega veneta is not the same https://t.co/N4mnFpuauL
— شكينة (@_nsyakinah) May 24, 2022