Bekas Kekasih Sudah Dua Tahun Meninggal, Wanita Tergamam Di Hadapan Kubur – Manis Madu
Bekas Kekasih Sudah Dua Tahun Meninggal, Wanita Tergamam Di Hadapan Kubur

Bekas Kekasih Sudah Dua Tahun Meninggal, Wanita Tergamam Di Hadapan Kubur

Maduners pernah bayangkan tak situasi di mana korang tidak tahu berita kematian orang terdekat korang walaupun setelah beberapa tahun dia telah pergi?

 

Perkara inilah yang terjadi kepada seorang wanita di Indonesia, lapor Tribunnews.com. Kisah wanita ini viral di media sosial melalui perkongsian sebuah video di TikTok oleh rakannya.

@raymondtopesDan balik dari sana dia nangis kejer dan gamau makan nasi ampe sekarang #MySpotlessSkinStory #InfinixMLBBAntiLagLag #xyzbca #fyp♬ Halo Papah Mamah – Cheny Yarangga

Difahamkan, wanita berkenaan diajak oleh rakannya untuk mengunjungi tanah perkuburan namun dia pada awalnya tidak mengetahui kubur siapa yang akan diziarahi.

 

Setelah memasuki kawasan tanah perkuburan, wanita berkenaan terdiam dan terkejut. Ini kerana nama yang tertulis di batu nisan adalah nama bekas kekasihnya.

 

Setelah terdiam beberapa saat, wanita tersebut akhirnya menaburkan bunga pada kubur bekas kekasihnya.

“Awalnya dia tidak berani menabur bunga karena sangat terkejut, tetapi akhirnya mula menabur bunga walaupun sambil menangis,” tulisnya dalam video.

 

Lebih mengejutkan apabila wanita berkenaan ternyata baru sahaja mengetahui berita kematian bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia pada tahun 2019!

 

Menyingkap kisah disebalik perpisahan mereka, difahamkan bekas kekasih wanita tersebut sengaja berbohong dan meminta putus dengan alasan menyukai wanita lain sedangkan dia sebenarnya menghidap penyakit parah sehingga meninggal dunia.

 

Rakan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Raymond berkata, wanita itu sangat sedih setelah mengetahui perkara sebenar hingga hilang selera makan selama berhari-hari.

 

“Dia sangat terkejut kerana dia langsung tidak tahu tentang perkara ini dan dia tidak ada nafsu makan selama beberapa hari,” ujar Raymond.

 

Video berkenaan telah ditonton lebih 11 juta dan mendapat tanda suka lebih dari 1.2 juta kali serta dihujani komen sebanyak 5 ribu komen!

 

Rata-rata netizen mengungkapkan rasa sedih dan simpati dengan perkongsian berkenaan.

Post a Comment