Berbulan-bulan Tidak Masuk Mengajar, Tiga Pelajar Failkan Saman Terhadap Guru – Manis Madu

Berbulan-bulan Tidak Masuk Mengajar, Tiga Pelajar Failkan Saman Terhadap Guru

Akibat tidak masuk mengajar selama beberapa bulan, tiga orang pelajar memfailkan saman terhadap seorang guru bahasa Inggeris di Kota Kinabalu, Sabah.

Pelajar tersebut terdiri daripada Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung melalui firma guaman Tetuan Roxana & Co memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bulan lalu.

 

Ketiga-tiga mereka kini berusia 19 tahun, memfailkan saman tersebut terhadap guru bernama Mohd Jainal Jamran atas dakwaan gagal mengajar mereka dalam kelas bahasa Inggeris antara Mac dan November 2017.

Sek-Men-Keb-Taun-Gusi-Kota-Belud

“Kami bukan yang pertama tapi kami bertekad untuk jadi yang terakhir.”

 

Perkara ini merupakan asbab utama mereka mengambil tindakan sebegini. Pendidikan adalah harapan mereka untuk keluar daripada kemiskinan.

 

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan mereka mendapat hak yang sewajarnya.

Sumber: www.kinitv.com

Post a Comment