Berebut Pindahkan Bantuan ePemula Ke Akaun Bank, Waspada Kesan Buruk Jika Langgar Undang-Undang Negara! – Manis Madu
Berebut Pindahkan Bantuan ePemula Ke Akaun Bank, Waspada Kesan Buruk Jika Langgar Undang-Undang Negara!

Berebut Pindahkan Bantuan ePemula Ke Akaun Bank, Waspada Kesan Buruk Jika Langgar Undang-Undang Negara!

Beberapa hati lalu, kecoh di media sosial tentang program ePemula yang sudah boleh dimohon dan mula dikreditkan ke akaun para penebus. 

 

Namun, apa yang menjadi isu adalah penggunaan wang tersebut hanya boleh digunakan di kedai-kedai fizikal sahaja yang mana sedikit menyukarkan penerima yang rata-rata bercadang mahu membelanjakan wang tersebut dalam talian.

 

Sehubungan itu, muncul pelbagai petua dan tutorial untuk menebus ganjaran tersebut dan tidak ketinggalan, ada individu yang ‘mengambil kesempatan’ mengenakan caj untuk servis memindahkan wang berkenaan ke dalam akaun bank.

 

Namun, tanpa disedari perkara-perkara ini sebenarnya berbahaya dan boleh menyebabkan pelaku disenarai hitam oleh pihak bank.

 

Menurut penjelasan seorang pegawai bank menerusi akaun TikTok @mhd.haziqhamid, beliau menasihati penerima inisiatif berkenaan agar berwaspada dan fikirkan kesan buruk jika tidak cakna dengan undang-undang negara.

@mhd.haziqhamidSaya mohon berwaspada dan fikirkan kesan buruk yang bakal menimpa anda jika tidak cakna dengan undang-undang negara. Ini pandangan peribadi saya♬ original sound – Haziq Hamid

Dalam pada itu, jika korang masih belum berjaya memindahkan wang tersebut ke akaun bank, mungkin boleh ikuti thread yang disediakan oleh seorang pengguna Twitter ini. 

 

Cara yang digunakan lebih selamat berbanding membuka akaun perniagaan palsu, menipu data dan sebagainya. Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment