Biarkan Anak Makan Pasir, Batu & Apa Sahaja, Ibu Muda Ini Dikritik! – Manis Madu
Biarkan Anak Makan Pasir

Biarkan Anak Makan Pasir, Batu & Apa Sahaja, Ibu Muda Ini Dikritik!

Lumrah anak kecil, suka meneroka apa sahaja perkara di sekeliling mereka tanpa mengetahui kesan atau bahaya di sebalik tindakan berkenaan.

 

Tindakan seorang ibu muda dari Arizona yang membiarkan bayinya memakan apa sahaja seperti pasir, batu dan lain benar-benar membuatkan netizen terkejut!

 

Menurut laporan portal Daily Star, Alice Bender, 22, memuat naik video gelagat anak kecilnya bermain dengan pasir serta batu dan memasukannya ke dalam mulut menerusi aplikasi TikTok.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya kurang senang serta mempersoalkan tindakannya.

 

Menjawab kritikan dan pertanyaan ramai, Alice berkata dia lebih suka membiarkan anaknya meneroka tanpa mempunyai rasa takut kepada bakteria.

 

“Saya tidak takut bakteria, sebaliknya mengalu-alukannya. Saya mempercayai alam semula jadi dan saya mempercayai bayi saya,” katanya.

 

Sehingga kini, video tersebut telah meraih sehingga 12 juta tontonan di TikTok dan terus dibanjiri dengan kritikan daripada netizen.

Post a Comment