Bilik Tukar Lampin Bayi Di Tandas Wanita, Bapa Terpaksa Redah Masuk Juga!
Kemudahan buat para ibu boleh dikatakan sudah banyak disediakan pihak kerajaan. Misalnya ruang untuk menyusu bayi, menukar lampin, tempat duduk istimewa dalam kenderaan awam dan banyak lagi.
Namun, kemudahan seperti ruang menukar lampin bayi mungkin sepatutnya disediakan buat para bapa juga.
Seperti mana luahan seorang lelaki menerusi muat naik di Twitter, lelaki berkenaan perkara ini.
Sorry terpaksa redah je. Lain kali jgn ingt tugas wanita je tukar pampers anak. Benda ni tanggungjawab bersama. Kepada designer/architect, please alert bila design space2 mcm ni. Dah byk mall aku jumpa, changing room dlm toilet wanita. pic.twitter.com/zT3gmxji1E
— 🏴mustakim ismail 🏴 (@mustakim_ismail) April 14, 2022
Lelaki tersebut difahamkan terpaksa meredah masuk ke tandas wanita untuk menukar lampin anaknya memandangkan bilik menukar lampin bayi terdapat dalam tandas wanita.
“Sorry terpaksa redah je. Lain kali jangan ingat tugas wanita je tukar pampers anak. Benda ni tanggungjawab bersama.
“Kepada designer/architect, please alert bila design space-space macam ni. Dah banyak mall aku jumpa, changing room dalam toilet wanita,” ciap @mustakim_ismail
Ciapan itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersetuju dengan luahan lelaki berkenaan.
“Yea, kadang terfikir nasib bapa tunggal atau bila mereka perlu uruskan anak punya lampin tanpa maknya ada di situ (kerja ke apa),” komen seorang netizen.
“Seronok tengok kawasan tukar lampin ada dekat satu bilik khas bukan tandas wanita atau lelaki. Yang saya perasan dekat Melawati Mall. Setuju apa yang encik ini cakap, ‘tanggungjawab bersama’ so kesian dekat si ayah yang nak tukar. Terbatas pula,” ujar @lovelyarunaa.
Ada betulnya luahan lelaki bergelar bapa ini. Madu baru terfikir, tugas menukar lampin anak ini sepatutnya tugas bersama dan bagaimana kalau single father nak guna bilik menukar lampin itu? Tak ke terpaksa redah masuk tandas wanita!