Bukan Sekadar Masakan! Manfaat Sebenar Kunyit Untuk Haiwan Peliharaan – Manis Madu
Manfaat Sebenar Kunyit Untuk Haiwan Peliharaan

Bukan Sekadar Masakan! Manfaat Sebenar Kunyit Untuk Haiwan Peliharaan

Kebiasaanya kita dengar orang selalu guna kunyit atau serbuk kunyit untuk masakan. 

 

Tidak  kiralah sama ada Maduners gunakan kunyit untuk menggoreng, masak kuah atau apa-apa sahaja menu masakan yang boleh dibuat dengan menggunakan kunyit.

 

Tapi pernah tak Maduners tahu yang kunyit ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk masakan malah boleh digunakan untuk haiwan? 

 

Ya! Serbuk kunyit ini dikatakan dapat memberi banyak manfaat untuk haiwan.

Indian Garam Masala

Kalau Maduners nak tahu, di dalam serbuk kunyit terdapat komponen aktif yang dikenali sebagai curcumin.

#Curcumin

Curcumin ini merupakan agen untuk membantu merawat masalah anti-radang dan antioksidan yang kuat dan boleh menyerang sel-sel yang tidak sihat pada haiwan peliharaan.

 

Serbuk kunyit ini dikatakan mampu merawat luka kecil yang terdapat pada badan haiwan yang mungkin disebabkan oleh gigitan serangga. 

 

Bukan itu sahaja, serbuk kunyit juga dapat bertindak sebagai anti septik pada kulit dan apa yang paling penting adalah sebagai agen pemulih kulit

#Kucing Sebagai Haiwan Peliharaan

Gipsy the Cat was sitting on a bookshelf

Jika Maduners ada membela kucing dirumah, memang tidak dapat dinafikan setiap orang yang membela haiwan pastinya mahu yang terbaik untuk si manja mereka baik dari segi makanan, tempat tinggal mahupun kesihatan.

 

Ada sesetengah haiwan peliharaan terutamanya kucing selalu sahaja dijangkiti fungus dan kutu di bulunya.

 

Takkan korang nak biar saja bulu kucing penuh dengan kutu, lagi-lagi kalau anda jenis yang suka tidur dengan kucing atau bela kucing dalam rumah.

 

Kalau sebelum ini Maduners dah pernah cuba macam-macam ubat untuk hilangkan kutu pada bulu kucing kesayangan tetapi tak berhasil. Apa salahnya kalau korang cuba kaedah tradisional ini pula.

#Kaedah Tradisional

Antara salah satu cara tradisional yang Maduners boleh buat untuk merawat masalah yang berlaku pada si bulu kesayangan adalah dengan menggunakan air kunyit.

 

Petua untuk menggunakan air kunyit  ini mudah sahaja, Maduners hanya perlu membancuh sedikit serbuk kunyit dengan air dan lumurkan pada seluruh badan dan bulu  kucing atau mana-mana kawasan yang banyak kutu.

 

Cara ini memang dilihat agak pelik tetapi unik! Petua ini dikatakan dapat bantu menghilangkan kutu pada kucing dengan syarat Maduners kena rajin mempraktikkannya barulah nampak hasil.

 

Selain kucing, petua tradisional ini juga boleh digunakan untuk haiwan peliharaan yang lain seperti anjing dan juga arnab. 

 

Cara ini selalu digunakan oleh orang tua dulu-dulu untuk merawat haiwan peliharaan dorang yang sakit. Maklumlah zaman dulu semuanya guna bahan semula jadi. Tak macam kita sekarang, sakit sikit jer pergi hospital, macam-macam ubat doctor akan bagi.

 

So, kalau ubat pun tak berkesan merawat masalah haiwan korang itu, cuba pula cara ini.

Post a Comment