Candle Light Dinner Di Rumah untuk Bae Pada Hari Valentine’s – Manis Madu

Candle Light Dinner Di Rumah untuk Bae Pada Hari Valentine’s

Bila bab makan dengan orang yang tersayang, mesti Maduners terfikir makanan seperti Chicken Chop ataupun Steak kan? Mari kita ketepikan menu itu dan cuba untuk sediakan sesuatu yang baru untuk Bae Maduners pada hari Valentine ini.

 

Hari ini, Madu akan cadangkan beberapa sajian untuk Maduners sediakan di rumah untuk Candle Light Dinner yang romantik.

#1 Spaghetti Aglio Olio Duck

Sumber Gambar: halaltag.com

 

Makanan yang sangat mudah dimasak dan cepat untuk disediakan oleh Maduners. Walaupun ia kelihatan sangat mudah, Madu jamin yang makanan ini boleh menghangatkan lagi cinta antara Maduners dan juga bae dengan kelazatan masakan ini.

#2 Roasted Chicken with Honey Salad

Sumber Gambar: marionskitchen

 

Selain daripada menyediakan Chicken Chop, Maduners boleh cuba menyediakan Roasted Chicken. Masakan ini sungguh lazat dengan keranggupan ayam dan disaji dengan honey salad.

 

Sekali sahaja makan, pasti korang dan bae akan merasai cinta pandang pertama dengan masakan ini.

#3 Tom Yum Seafood dan Salad Manga

Sumber Gambar: ajinomoto

Sumber Gambar: seaonsandsupper

Maduners mesti pertama kali dengar nasi untuk Candle Light Dinner kan?  Untuk masakan ini, Madu memberi cadangan untuk Maduners adakan nasi bersama tom yam seafood dan mango salad kerana masakan ini boleh membuatkan bae Maduners fikir yang Maduners ada fikiran yang kreatif. And why not embrace our Asian heritage, right?

#4 Smoked Grilled Salmon

Sumber Gambar: littlebroken

 

Masakan ini boleh menghangat lagi cinta Maduners dan bae kerana keranggupan ikan salmon yang dimasak dengan lemon ini sangat sedap dan mudah disediakan untuk Maduners.

 

Nampak mudah tapi Madu yakin yang masakan ini tidak akan mengecewakan Maduners.

#5 Nasi Goreng Bersama Sizzling Beef

Untuk daging, Madu cadangkan sizzling beef (daging lembu) disaji dengan nasi goreng. Masakan ini sangat mudah dan sungguh lazat untuk Maduners dan bae nikmati.

 

Sekali je rasa, Maduners dan bae akan merasai kemanisan cinta terhadap masakan ini.

 

Madu harap Maduners boleh mencuba cadangan yang Madu cadangkan ini. Semoga berjaya dan selamat mencuba Maduners!

Post a Comment